Jumaat, 25 Jun
Hari Jumaat biasanya hari yang happy dan tenang. Bangun pagi ni, kepala aku rasa ringan saja..tak macam bangun pagi Isnin. Telinga ada lagi ngiang-ngiang bunyi vuvuzela..bunyi macam jemaah tebuan tawaf sarang, lagi tambah mood happy.
Dalam perjalanan pergi ofis hati berbunga saja. Driving pun sambil humming lagu The Cure, Friday I'm in love. Datang ofis hari Jumaat ni macam ambil syarat saja. Mood memang sudah lebih ke weekend.
Ofis, bila Jumaat sama ambil mood happy. Masing-masing muka takde yang ketat. Dua, tiga mamat termasuk aku pakai baju melayu. Kalau ada lemang sama nasi impit atas meja, memang dah macam raya haji feeling dia.
Tapi, Jumaat hari ni lain sikit, tak macam Jumaat biasa-biasa. Jumaat hari ni ada perang dah meletup. Perang antara askar-askar baik termasuk aku melawan seorang lelaki yang tak berapa nak lelaki, yang perasan cantik tapi memang tak cantik, juga bersikap kurang ajar macam dia lahir turun dari langit.
Perang ni perang di wall Facebook saja, tapi seronok juga sesekali ada Chaos Friday ni.
Rasa nak riot pon ada!!
Weeiihh..dh mcm pompuan perang2 kat wall fesbuk..wakaka..
ReplyDelete