Saturday 28 April 2012

Muda remaja

Pagi ini, bangun dari tidur gua rasa lain macam punya bertenaga. Biasanya lima enam kali pusing kiri kanan baru gua bangun dari katil. Tapi pagi ini, sebaik jam gua berbunyi pukul 6.15 terus gua bingkas. 

Gua terus pergi bilik air basuh muka. Dekat cermin gua tengok garis-garis halus bawah mata gua dah hilang. Pelik betul. Gua capai pula cermin mata gua. Mungkin sebab tak pakai cermin mata, itu yang gua tak nampak garis-garis halus di muka gua. Sebaik gua pakai cermin mata, terus pandangan gua jadi kabur. Gua tanggalkan semula. Jelas pula pandangan gua. Lagi gua pelik. Macam mana gua boleh tak rabun pula?

Gua perhati pula badan gua. Pergh..lain macam dia punya tegap. Dah macam badan orang hari-hari pergi kebun. Lengan gua bukan main keras. Siap dengan urat-urat tersembul lagi. Perut pula rata macam papan. Tak ada lagi lemak keliling pinggang. Otot usah cakaplah. Memang cantik punya berlekuk-lekuk.

Tapi gua masih lagi hairan. Bukan gua tak bersyukur, tapi gua tertanya-tanya macam mana badan gua boleh jadi macam ini. Lama gua termenung dalam bilik air memikirkan apa punca semua ini. Gua fikir lagi. Dan fikir lagi.

Oh ya, baru gua teringat. Hari ini hari jadi gua. Dan gua sebenarnya ada penyakit yang sama macam si Benjamin Button tu. Penuaan gua terbalik tak macam manusia biasa-biasa. Bila makin berusia gua sebenarnya jadi semakin muda. Jadi tak hairanlah badan gua makin muda remaja. Lapang betul hati gua. 

Friday 27 April 2012

Anak buah

Malam hujung minggu yang lepas, gua pergi makan-makan dengan abang gua sekeluarga dan adik gua dengan isteri dia. Abang gua ini ada tiga orang anak. Paling tua lelaki dan dua orang lagi perempuan. Gua paling rapat dengan yang lelaki tu.

Lepas dah kenyang makan abang gua buka cerita. Cerita touching katanya. Satu hari masa abang gua ambil anak buah gua balik sekolah dan singgah untuk beli makan, tiba-tiba anak bua gua bersuara.
"Ada pak ngah la", anak buah gua panggil gua pak ngah.
"Mana ada", abang gua jawab.
"Betul ada..Daniel bau pak ngah", anak buah gua jawab balik.
"Bukan pak ngah. Ayah pakai minyak wangi pak ngah", memang abang gua ada minyak wangi sama macam gua. Cuma dia tak selalu pakai  minyak wangi  tu.
"Ingat kat pak ngah..rindu pak ngah", anak buah gua cakap lagi sambil mencium-cium baju yang abang gua pakai.
Balik rumah lepas tu gua terus masuk bilik air, mandi. Sambil shower gua menangis. Terharu betul gua anak buah gua ingat gua sampai bau minyak wangi gua pun dia ingat. Terharu. Terharu.

Thursday 19 April 2012

Din Repair II

Sejak Din Repair datang rumah gua tempoh hari, gua sentiasa rasa semacam tak puas hati bila teringat Din Repair cakap yang mesin basuh gua dah rosak teruk dan perlu diganti. Lagi tak puas hati bila teringat cara dia repair mesin basuh gua. Main melutu-lutu tukar barang tak reti nak check dulu.

Jadi disebabkan tak puas hati, Ahad lepas gua nekad nak check sendiri mesin basuh gua. Berbekalkan otak yang kosong, sebatang screw driver dan bantuan isteri gua, gua mula buka satu demi satu bahagian mesin basuh gua. Masa tu ada juga gua rasa takut kalau terlupa macam mana nak pasang balik.

Selesai buka semua bahagian, gua perasan ada besi macam dawai tersangkut celah-celah mesin basuh gua. Gua suspek besi ini yang buat mesin basuh gua bunyi bising. Gua keluarkan besi tu dan pasang balik mesin basuh gua. Terus gua ON mesin basuh gua test basuh baju satu round. Memang betul. Mesin basuh gua rilek saja basuh baju tak ada bunyi bising lagi.

Cilaka lu Din. Banyaklah gear box rosak lu. Hishh..kecik besar kecik besar saja gua bayangkan lu dalam kepala gua ini. 

Tuesday 17 April 2012

Kaitan kepandaian dengan tahi

Tempat gua kerja ini sebenarnya ramai orang yang pandai-pandai. Ada yang ada diploma, ada yang ada degree, ada master dan tak kurang juga yang belajar sampai dapat PHD. Tapi yang gua peliknya ramai juga yang tak reti nak flush jamban lepas berak. Jadi, gua buat kesimpulan yang tahap kepandaian manusia sebenarnya berkadar terus dengan bilangan tahi yang tak kena flush. Macam dalam graf yang gua lukis ni. Tahi betul. 


Monday 16 April 2012

Instagram

Gua sekarang dah ada akaun Instagram. Jadi kalau lu orang ada telefon canggih boleh la install Instagram dan cari user nama 2lang. Kalau jumpa, memang akaun gua la tu. Lu follow terus. Tapi kalau lu harap nak tengok gua post gambar-gambar buat muka cute macam muka itik, tak payah la lu follow gua. Lagi satu kalau telefon lu setakat boleh main game ular saja pun tak payah la susah-susah nak follow gua.

Yang ini gambar pertama gua post dekat Instagram gua. Sebenarnya gua post gambar ini sebab nak mengutuk member gua secara terang-terangan.


Friday 13 April 2012

Karaoke

Gua baru balik karaoke di Wangsa Walk. Boleh tahan kering juga tekak gua sekarang. Mana taknya, gua tarik lagu Wings satu tadi. Memang ke laut terus. Tapi gua rasa bukan salah gua nyanyi, mikrofon yang salah sebenarnya. Hehehe...

Friday 6 April 2012

Jiwang

Lagu ini lagu jiwang nombor satu gua. Lagu Cinta Muka Buku tak masuk senarai.

Wednesday 4 April 2012

Din Repair

Kelmarin gua ada telefon satu mamat sebab nak suruh dia repair mesin basuh gua. Sebenarnya sudah hampir sebulan mesin basuh gua rosak. Tapi baru pagi kelmarin gua dapat telefon pomen mesin basuh. Ya lah, mesin basuh rosak mestilah telefon pomen mesin basuh, takkan gua nak telefon bomoh hujan pula. Apa kejadahnya?

Nama mamat tu Din. Dalam telefon, gua simpan nombor telefon dia guna nama Din Repair. Masa gua telefon Din, gua bagitau siap-siap apa masalah mesin basuh gua. Gua cakap mesin basuh gua bunyi bising gila. Din janji nak datang belah malamnya. Dalam otak gua, gua membayangkan seorang pomen mesin basuh dan peti ais mestilah seorang yang berbadan tegap. Sebabnya bukan ringan-ringan budak benda-benda itu semua. Boleh putus urat nak mengangkat.

Tapi sangkaan gua meleset sebaik gua buka pintu masa Din sampai. Din taklah setegap mana. Rambut pula dah jarang-jarang walaupun muda lagi. Gua suspek Din ni banyak sangat makan Mamee. Dah lah tu, pakai tshirt kaler pink.

Din terus meluru ke mesin basuh gua. Terus buat kerja dia. Lebih kurang setengah jam kemudian, Din panggil gua. Dah siap katanya. Gua angguk. Gua ON mesin gua. Gua nak test satu round.
Kronnggggg...krrroonngggg....krroonnggggg!!!
"Apa cerita ni Din? Apasal mesin gua bunyi kuat lagi ni?", gua tanya Din.
"Hehehe..kalau bunyi macam ni gear box dia rosak ni bang. Kalau nak repair mahal ni. Baik abang beli baru. Saya ingat tadi syiling yang tersangkut. Hehehehe...."
Cilaka lu Din.