Monday 19 November 2012

Doa untuk Gaza

Gua hanya mampu berdoa. Berdoa agar saudara-saudara Islam di Gaza diselamatkan, diberikan ketabahan dan kekuatan untuk bangkit. Berdoa agar Yahudi Laknatullah dihancurkan.

Wednesday 17 October 2012

Rambo Returns ( Kepulangan Rambo )

Kampung Santarem, Sungai Amazon

Suasana di Kampung Santarem pagi itu sangat aman. Tak jauh berbeza dengan kampung-kampung lain di sekitar Sungai Amazon. Mungkin juga tak jauh bezanya dengan mana-mana kampung di serata dunia. Yang bersawah pagi-pagi lagi sudah turun, yang menoreh getah sudah 3-4 baris pokok selesai ditoreh. Bot-bot nelayan sudah jauh menyusur sungai memasang jala. Yang menganggur masih lagi membuta. 

Tiba-tiba kedengaran bunyi bising dari langit disertai angin kencang. Pokok-pokok getah bergoyang ke kiri dan kanan sehingga bergugur daun-daun getah ke tanah. Pesawah yang tadi rancak menanam padi kini bersusah payah menahan kain masing-masing dari tertanggal. Nelayan terhuyung-hayang dalam bot. Penganggur yang tadi nyenyak membuta masih lagi membuta. Tak reti-reti nak bangun.

Dari silau matahari pagi, penduduk-penduduk Kampung Santarem yang mendongak ke langit dapat melihat sebuah helikopter sedang cuba mendarat di padang yang terletak di sebelah dewan serbaguna kampung mereka. Masing-masing kehairanan. Memang semenjak sejarah pembukaan kampung mereka 85 tahun yang lalu, inilah kali pertama sebuah helikopter mendarat di kampung mereka. Van Milo pun baru tiga kali sampai.

Sebaik helikopter tersebut mendarat, keluar tiga orang berpakaian tentera. Yang paling awal keluar lagaknya seperti seorang pegawai atasan tentera. Dengan baju yang kemas rapi, kasut hitam berkilat, pangkatnya terserlah pada pingat-pingat yang tergantung di bajunya. Yang dua lagi cuma memakai uniform celoreng. Mungkin askar berpangkat rendah yang dipaksa mengawal pegawai atasan tersebut.
"Siapa ketua kampung ni?", tanya si pegawai dengan suara yang agak garau.
"Saya..saya!"
Dari belakang dewan kelihatan seorang lelaki separuh abad berlari-lari anak ke arah pegawai tentera tersebut. Dialah Pak Romario, ketua Kampung Santarem. Penduduk-penduduk kampung hanya memerhatikan Pak Romario. Ada juga yang mencebik bibir seolah-olah meluat. Mana tidaknya, bila ada orang luar datang baru nampak batang hidung Pak Romario. Masa orang kampung mengadu pasal ketidak adilan pembahagian subsidi petani tempoh hari langsung tak dipedulikannya. Malah diperlinya penduduk kampung dengan nyanyian lagu 'Janji ditepati, masa balas budi'.
"Kami mencari orang ini", kata pegawai tentera tersebut pada Pak Romario sambil mengeluarkan sekeping foto.
"Hah! John Rambo?!" 

Bersambung...

Monday 15 October 2012

Yaarrriiibbbbaaaaaaa!!

Yaarrriiibbbbaaaaaaa!!

Hah..ini semua penangan kenduri kahwin yang gua pergi hujung minggu lepas. Gua ada pergi satu kenduri kahwin Sabtu lepas di Shah Alam. Gua sampai sebelum pengantin sampai. Macam biasa tujuan gua pergi kenduri kahwin lebih untuk mengenyangkan perut bukan sebab nak tengok pengantin sangat. Jadi sebaik sampai gua terus ambil makanan. Ayam merah gua cedok dua ketul sekali.

Yaarrriiibbbbaaaaaaa!!

Selesai ambil makanan, gua menyelit duduk di satu meja. Gua mula melantak tanpa menoleh kiri kanan lagi. Tak lama. Lebih kurang 10 minit saja gua dah setel. Kenyang betul perut gua. Bukan main sedap masak rewang kenduri ni. 

Yaarrriiibbbbaaaaaaa!!

Disebabkan kenyang, gua ambil keputusan untuk duduk rehat-rehat dulu. Pengantin pun dah mula bersanding dalam rumah. Bukan main sengih-sengih lagi pengantin. Macam dah tak sabar-sabar lagi! Sedang gua sedap berehat,  tiba-tiba gua nampak ada satu kumpulan budak-budak lelaki perempuan dah bersusun ambil posisi depan meja gua. Ada persembahan rupanya.

Yaarrriiibbbbaaaaaaa!!

Pehhh!! Ada Boria. Sepanjang hidup gua, inilah kali pertama gua jumpa kenduri kahwin ada persembahan Boria. Biasanya ada orang bersilat saja. Itu pun kadang-kadang gua tengok langkah asal boleh saja. Tunggang-langgang. Tak macam Pendekar Harimau Berantai langsung. Jadi, bila ada Boria ni memang rare la. Dulu masa dekat sekolah gua ada juga kelab Boria. Tapi gua tengok tak ada sambutan sangat. Masing-masing sibuk nak join kelab ragbi. Konon habis jantan la tu masing-masing.

Yaarrriiibbbbaaaaaaa!!

Apa pun, gua kasi tunjuk sikit gambar Boria yang gua sempat ambil hari tu. Lu orang layanlah. Gua nak ber-yaarrriiibbbbaaaaaaa dulu. Yaarrriiibbbbaaaaaaa!! Yaarrriiibbbbaaaaaaa!! Yaarrriiibbbbaaaaaaa lagi!!

"Ewwahhh....yaarrriiibbbbaaaaaaa!!"

"Tengok I twist ni...Mengancam tak? Mengancam tak?" - mamat
"Menyampah aku" - awek


"Apa punya turrr..Aku sorang mengadap sini. Depa arah lain. Loklaq sungguh naa.."

"Gelak..gelak.. Aku katok kepala hang baru tau" - mamat topi merah

Tuesday 2 October 2012

Susah Mati ( Die Hard )

Gua percaya hukum karma. Maksud gua kalau lu buat baik nanti lu dapat balasan baik, kalau buat jahat dapat balasan buruk. Sama juga kalau masa hidup lu selalu buat benda baik nanti besar kemungkinan lu akan mati dengan tenang dan senang. Kalau lu hidup banyak sangat buat jahat lu faham-faham sendirilah. Lu tengok Tanah Kubur. Segala macam bala jadi bila orang banyak buat jahat nak mati. Susah betul nak mati.

Tapi bila gua tengok video ni, tak dapat pula gua nak pikir macamana punya setan mamat ni masa hidup. Susah betul dia nak mati. Berkali-kali tembak depan belakang, berguling kiri kanan tak mati-mati juga. Kehkehkeh...

Friday 21 September 2012

Kambek

Lama betul gua tak update blog ni. Gua kena buat kambek macam ni. Haa..entri yang melepaskan batuk di tangga ni pun boleh kira kambek juga ni.

Tuesday 14 August 2012

Masihkah Ada Ramadan

Minggu-minggu lepas, setiap Isnin malam gua ada follow satu drama tv. Tajuk dia Masihkah Ada Ramadan. Siot betul. Bukan main mencabar kelelakian gua betul tahap touching dia. Gua rasa makin gua umur abang-abang ni makin halus jiwa gua. Gua harap siapa-siapa yang dah tak berapa nak ingat mak bapak tu tengoklah drama ni, bagi insaf sikit. Kalau tak insaf juga, lu pergi bilik air minum Listerine sampai berbuih.


Sunday 8 July 2012

Gua masuk Sunway Lagoon

Semalam gua ada family day di Sunway Lagoon. Ini kali pertama gua masuk Sunway Lagoon walaupun nama kampung bapak gua Sungai Legom tak jauh beza bunyinya dengan Sunway Lagoon. Selama ini pengalaman paling hampir gua dengan Sunway Lagoon sama ada tengok di TV ataupun terlopong dengar member-member gua bercerita. Jadi, semalam jakun juga gua sekejap.

Thursday 5 July 2012

Deposit darah

Pagi tadi buat pertama kalinya gua telah menderma darah gua. Dan buat pertama kali juga gua tau yang darah gua jenis B. Lepas derma darah ni bukan main lain macam rasa badan gua. Gua rasa badan gua kuat macam Wolverine. Mantap..mantap.

Ini poster kempen derma darah tadi

Yang ini pula tangan gua yang mantap tengah mengepam darah. Mantap..mantap!

Tuesday 3 July 2012

Dari maktab menjadi doktor

Baru tadi ada seorang member lama sms gua. Dalam sms tu dia bagi alamat blog dia. Terus gua buka blog dia dan baca entri paling baru. Walaupun font blog member gua ni kecil macam semut, tapi gua baca juga entri tu sampai habis. 

Nampaknya member gua dah pun berjaya menamatkan pengajian PhD dia. Pehh..power betul. Muda-muda dah jadi doktor. Bukan senang nak harung belajar sampai lima tahun macam member gua ni. Gua ada juga cita-cita nak sambung belajar. Tapi kalau dalam meeting pun gua boleh tertidur, apa lagi dalam dewan kuliah. Itu tak kira lagi kalau gua tertidur dalam dewan peperiksaan. Apa cerita ya tak? 

Apapun gua nak ucap tahniah pada member gua ni. Lu memang power. Sebagai hadiah, gua letak sekali gambar masa gua konvo dulu.


Monday 2 July 2012

Rupa baru blog gua

Ini rupa baru blog gua. Amacam? Baru la sexy macam makwe gua, Miranda Kerr.


Sunday 10 June 2012

Die Nationalmannschaft

EURO tahun ni gua sokong German. Gua yakin German boleh menang tahun ni sebab team diorang memang power dari bawah sampai atas. Tak macam team England. Apa punya bangang kumpul ramai-ramai pemain dari pasukan tengah liga yang tak habis-habis bangga pasal Istanbul lepas tu harap boleh pergi jauh. Puiiii!!!

"England? Puuiiiii!!!!"

Monday 14 May 2012

Terima kasih, Emak


Game ini mak gua belikan untuk gua masa gua sekolah rendah dulu. Gua tak ingat berapa umur gua masa itu. Yang gua ingat, mak gua sebenarnya nak belikan hadiah hari jadi untuk adik gua. Tapi disebabkan perasaan hasad dengki yang bersesuaian dengan umur gua masa itu, gua nak juga hadiah. Tak boleh tidak.

Jadi, mak gua pun mengalah. Dan keluarkan duit RM60 untuk bayar. RM60 masa itu sebenarnya banyak juga. Lebih-lebih lagi bagi mak gua yang cuma ada sumber pendapatan dari upah jaga anak orang. Mungkin juga, mak gua ada plan lain nak guna duit RM60 yang dia keluar itu. Tapi sebab sayangkan anak, mak gua sanggup lupakan keinginan dia.

Sampai ke hari ini gua sebenarnya menyesal sebab susahkan mak gua paksa dia beli game ini. Kalau ada time machine, memang gua balik masa lampau waktu gua tengah merengek nak beli game ini. Gua tak nak banyak cakap gua nak lempang terus diri gua masa kecik itu. Menyusahkan emak gua betul.

Jadi, buat emak gua, gua nak ucapkan sebanyak-banyak terima kasih atas susah payah membesarkan gua sampai gua jadi macam gua hari ini. Terima kasih sebab sentiasa ada bila gua susah, terima kasih sebab sentiasa mendoakan gua, terima kasih sebab masakkan makanan-makanan kegemaran gua, terima kasih sebab sentiasa memahami dan menyayangi gua. Terima kasih untuk segala kebaikan yang gua tahu gua tak akan mampu untuk balas balik.

Ya, gua memang sangat bersyukur sebab masih ada emak sehingga ke hari ini.

Saturday 28 April 2012

Muda remaja

Pagi ini, bangun dari tidur gua rasa lain macam punya bertenaga. Biasanya lima enam kali pusing kiri kanan baru gua bangun dari katil. Tapi pagi ini, sebaik jam gua berbunyi pukul 6.15 terus gua bingkas. 

Gua terus pergi bilik air basuh muka. Dekat cermin gua tengok garis-garis halus bawah mata gua dah hilang. Pelik betul. Gua capai pula cermin mata gua. Mungkin sebab tak pakai cermin mata, itu yang gua tak nampak garis-garis halus di muka gua. Sebaik gua pakai cermin mata, terus pandangan gua jadi kabur. Gua tanggalkan semula. Jelas pula pandangan gua. Lagi gua pelik. Macam mana gua boleh tak rabun pula?

Gua perhati pula badan gua. Pergh..lain macam dia punya tegap. Dah macam badan orang hari-hari pergi kebun. Lengan gua bukan main keras. Siap dengan urat-urat tersembul lagi. Perut pula rata macam papan. Tak ada lagi lemak keliling pinggang. Otot usah cakaplah. Memang cantik punya berlekuk-lekuk.

Tapi gua masih lagi hairan. Bukan gua tak bersyukur, tapi gua tertanya-tanya macam mana badan gua boleh jadi macam ini. Lama gua termenung dalam bilik air memikirkan apa punca semua ini. Gua fikir lagi. Dan fikir lagi.

Oh ya, baru gua teringat. Hari ini hari jadi gua. Dan gua sebenarnya ada penyakit yang sama macam si Benjamin Button tu. Penuaan gua terbalik tak macam manusia biasa-biasa. Bila makin berusia gua sebenarnya jadi semakin muda. Jadi tak hairanlah badan gua makin muda remaja. Lapang betul hati gua. 

Friday 27 April 2012

Anak buah

Malam hujung minggu yang lepas, gua pergi makan-makan dengan abang gua sekeluarga dan adik gua dengan isteri dia. Abang gua ini ada tiga orang anak. Paling tua lelaki dan dua orang lagi perempuan. Gua paling rapat dengan yang lelaki tu.

Lepas dah kenyang makan abang gua buka cerita. Cerita touching katanya. Satu hari masa abang gua ambil anak buah gua balik sekolah dan singgah untuk beli makan, tiba-tiba anak bua gua bersuara.
"Ada pak ngah la", anak buah gua panggil gua pak ngah.
"Mana ada", abang gua jawab.
"Betul ada..Daniel bau pak ngah", anak buah gua jawab balik.
"Bukan pak ngah. Ayah pakai minyak wangi pak ngah", memang abang gua ada minyak wangi sama macam gua. Cuma dia tak selalu pakai  minyak wangi  tu.
"Ingat kat pak ngah..rindu pak ngah", anak buah gua cakap lagi sambil mencium-cium baju yang abang gua pakai.
Balik rumah lepas tu gua terus masuk bilik air, mandi. Sambil shower gua menangis. Terharu betul gua anak buah gua ingat gua sampai bau minyak wangi gua pun dia ingat. Terharu. Terharu.

Thursday 19 April 2012

Din Repair II

Sejak Din Repair datang rumah gua tempoh hari, gua sentiasa rasa semacam tak puas hati bila teringat Din Repair cakap yang mesin basuh gua dah rosak teruk dan perlu diganti. Lagi tak puas hati bila teringat cara dia repair mesin basuh gua. Main melutu-lutu tukar barang tak reti nak check dulu.

Jadi disebabkan tak puas hati, Ahad lepas gua nekad nak check sendiri mesin basuh gua. Berbekalkan otak yang kosong, sebatang screw driver dan bantuan isteri gua, gua mula buka satu demi satu bahagian mesin basuh gua. Masa tu ada juga gua rasa takut kalau terlupa macam mana nak pasang balik.

Selesai buka semua bahagian, gua perasan ada besi macam dawai tersangkut celah-celah mesin basuh gua. Gua suspek besi ini yang buat mesin basuh gua bunyi bising. Gua keluarkan besi tu dan pasang balik mesin basuh gua. Terus gua ON mesin basuh gua test basuh baju satu round. Memang betul. Mesin basuh gua rilek saja basuh baju tak ada bunyi bising lagi.

Cilaka lu Din. Banyaklah gear box rosak lu. Hishh..kecik besar kecik besar saja gua bayangkan lu dalam kepala gua ini. 

Tuesday 17 April 2012

Kaitan kepandaian dengan tahi

Tempat gua kerja ini sebenarnya ramai orang yang pandai-pandai. Ada yang ada diploma, ada yang ada degree, ada master dan tak kurang juga yang belajar sampai dapat PHD. Tapi yang gua peliknya ramai juga yang tak reti nak flush jamban lepas berak. Jadi, gua buat kesimpulan yang tahap kepandaian manusia sebenarnya berkadar terus dengan bilangan tahi yang tak kena flush. Macam dalam graf yang gua lukis ni. Tahi betul. 


Monday 16 April 2012

Instagram

Gua sekarang dah ada akaun Instagram. Jadi kalau lu orang ada telefon canggih boleh la install Instagram dan cari user nama 2lang. Kalau jumpa, memang akaun gua la tu. Lu follow terus. Tapi kalau lu harap nak tengok gua post gambar-gambar buat muka cute macam muka itik, tak payah la lu follow gua. Lagi satu kalau telefon lu setakat boleh main game ular saja pun tak payah la susah-susah nak follow gua.

Yang ini gambar pertama gua post dekat Instagram gua. Sebenarnya gua post gambar ini sebab nak mengutuk member gua secara terang-terangan.


Friday 13 April 2012

Karaoke

Gua baru balik karaoke di Wangsa Walk. Boleh tahan kering juga tekak gua sekarang. Mana taknya, gua tarik lagu Wings satu tadi. Memang ke laut terus. Tapi gua rasa bukan salah gua nyanyi, mikrofon yang salah sebenarnya. Hehehe...

Friday 6 April 2012

Jiwang

Lagu ini lagu jiwang nombor satu gua. Lagu Cinta Muka Buku tak masuk senarai.

Wednesday 4 April 2012

Din Repair

Kelmarin gua ada telefon satu mamat sebab nak suruh dia repair mesin basuh gua. Sebenarnya sudah hampir sebulan mesin basuh gua rosak. Tapi baru pagi kelmarin gua dapat telefon pomen mesin basuh. Ya lah, mesin basuh rosak mestilah telefon pomen mesin basuh, takkan gua nak telefon bomoh hujan pula. Apa kejadahnya?

Nama mamat tu Din. Dalam telefon, gua simpan nombor telefon dia guna nama Din Repair. Masa gua telefon Din, gua bagitau siap-siap apa masalah mesin basuh gua. Gua cakap mesin basuh gua bunyi bising gila. Din janji nak datang belah malamnya. Dalam otak gua, gua membayangkan seorang pomen mesin basuh dan peti ais mestilah seorang yang berbadan tegap. Sebabnya bukan ringan-ringan budak benda-benda itu semua. Boleh putus urat nak mengangkat.

Tapi sangkaan gua meleset sebaik gua buka pintu masa Din sampai. Din taklah setegap mana. Rambut pula dah jarang-jarang walaupun muda lagi. Gua suspek Din ni banyak sangat makan Mamee. Dah lah tu, pakai tshirt kaler pink.

Din terus meluru ke mesin basuh gua. Terus buat kerja dia. Lebih kurang setengah jam kemudian, Din panggil gua. Dah siap katanya. Gua angguk. Gua ON mesin gua. Gua nak test satu round.
Kronnggggg...krrroonngggg....krroonnggggg!!!
"Apa cerita ni Din? Apasal mesin gua bunyi kuat lagi ni?", gua tanya Din.
"Hehehe..kalau bunyi macam ni gear box dia rosak ni bang. Kalau nak repair mahal ni. Baik abang beli baru. Saya ingat tadi syiling yang tersangkut. Hehehehe...."
Cilaka lu Din.
  

Friday 30 March 2012

Gua sebenarnya terharu, Marky

Sedang gua berehat-rehat sambil mengasah bakat Draw Something gua, tiba-tiba telefon gua berbunyi. Gua tengok dekat skrin nama Marky keluar. Lama juga orang tua ni tak telefon, cakap gua dalam hati.
"Oi Lang..apa celup lu?", tanya Marky sedikit terpekik sebaik gua jawab call.
"Lu ni Marky..apa celup..apa celup..Bagilah salam dulu kalau ya pun", gua sound direct Marky.
"Hehehe..sori bro. Lu dah makan? Hehe..", Marky cuba-cuba ambil hati gua. Gua dapat bayangkan yang dia tengah tersengih-sengih sambil garu-garu kepala.
"Dah.", gua jawab sepatah. Macam gaya Rambo jawab soalan. 
"Macam ni bro..gua ingat birthday lu bulan depan gua nak turun KL buat konsert khas untuk lu. Special punya. Kalau orang lain memang gua tak buat macam ni. Tak dapek jang.", kata Marky lagi.
"Lu tak payah susah-susah la Marky. Takkan lu nak turun dari US semata-mata nak celebrate birthday gua."
"Gua serius ni. Apa-apa hal nanti jumpa bulan depan. Kita pekena burger panggang Taman Dagang cantik gak. Orite bro, jumpa nanti", kata Marky terus menamatkan perbualan.
"Marky..Marky..Lu bikin susah-susah je..."
Ya, Marky Ramone nak turun KL. Marky Ramone ini adalah bekas drummer The Ramones, band yang paling gua minat. Lama dah gua minat Ramones ini. Sejak zaman sekolah lagi. Sebenarnya Marky inilah satu-satunya ahli Ramones yang hidup lagi. Yang lain semua dah lama arwah.

Ini poster konsert

Budak-budak sekarang gua rasa memang ramai yang tak kenal Ramones. Nak buat camana, kalau dah masing-masing lagi suka dengar K-Pop lepas tu berangan dapat boyfriend atau girlfriend muka macam Korean. Tapi tak apa, dah  generasi diorang macam tu. Apa-apa hal gua bagi lu orang layan Ramones satu.

Sunday 25 March 2012

King Lawak

Ulasan perlawanan Liverpool - Wigan:

Sheila Rusly - "Macam ni la King, akak rasa persembahan korang malam ni buusuuuuukkkk bro.."

Kumpulan King Raja Lawak - "Aikk, kitorang macam ni punya lawak pun akak cakap busuk jugak? Tak patut..tak patut.."

Sheila Rusly - "Bukan korang. Akak cakap pasal King Kenny dengan pasukan Liverpool. Busuuuukkkk sangat bro.."

King Kenny - "Busuk ke? Bau macam bangkai udang ni datang dari team gua ke?"

Luis Suarez - "Ye la bos. Memang busuk betul ni. Tak tahan gua. Ni yang gua rasa nak me-racist ni!"

King Kenny - "Ye la..ye la.. Gua kumur-kumur listerine dulu. Kurang sikit busuk nanti."

Roberto Martinez - "Caya la Kak Sheila. King kena busuk. Kejap lagi dia emosi la ni. Kompom punya."

King Kenny - "Cilaka! Kutuk gua belakang-belakang. Lu ingat lu pakai kasut kulit dah abis style? Ambik lu..gua pijak-pijak kasut lu. Gua king, paham??"

Roberto Martinez - "Kan..kan..betul tak gua cakap? Kuat emo King ni."

Buat penyokong-penyokong Liverpool, jangan sedih-sedih. Bawa-bawa la layan video King ini. Kompom lu orang terhibur.



*Kredit gambar: Yahoo Sports, TheSun UK, Emirates247.com, Telegraph.co.uk & buku Sejarah Dunia - Tingkatan 4

Thursday 22 March 2012

Rindu

Malam makin pekat tapi gua masih lagi berjaga. Gua cuba bersengkang mata sebab menunggu siaran langsung bola sekejap lagi. Di luar memang sunyi sepi. Kawasan rumah gua ini memang jauh dari jalan besar. Jadi memang waktu-waktu macam ini dah senyap.

Bila sorang-sorang macam ini, baru gua sedar yang sebenarnya ramai orang dan banyak perkara yang gua rindukan. Gua rindu anak-anak buah gua, rindu suasana pagi waktu mak gua sikatkan rambut sebelum gua  pergi sekolah waktu kecil dulu, rindu dengan kehidupan asrama gua, rindu pada member-member lama. Cumanya yang asrama tu, dewan makan gua tak rindu langsung. Makanan selalunya tak sedap.

Dan bagi gua, perkara-perkara yang kita rindukan ini akan sentiasa mengikut kita. Memang sesekali kita boleh melepaskan rindu. Tapi lu kena ingat, tak semua perkara lu boleh ulang balik. Dan benda-benda yang tak boleh rewind inilah yang akan terus bersama lu dan sesekali menyebabkan lu rindu.

Gua buka Youtube. Gua tak search lagu Rindu Serindunya.

Sunday 18 March 2012

Dating

Masa gua mengeteh malam semalam, datang tiga orang awek belasan tahun lepak selang dua meja dari meja gua. Gua perhati awek-awek ini tak adalah gaya nak mengeteh sangat sebab masing-masing buat hal sendiri. Yang seorang tengah berborak dekat telefon, yang dua lagi pula sibuk menonyoh skrin telefon masing-masing.

Tak lama kemudian datang seorang mamat berbaju oren dengan sling bag duduk di salah satu kerusi di meja awek-awek tadi. Dan dengan tiba-tiba dua orang awek tadi bangun meninggalkan yang seorang lagi berdua dengan mamat baju oren tu. 
"Korang borak la dulu ek. Kitorang nak masuk Mydin kejap", awek berdua tadi cakap dekat member dia sambil terseyum-senyum. Gaya habis remaja tergedik-gedik.
Masa itu gua dapat tangkap yang awek yang tinggal itu sebenarnya baru kali pertama dating dengan mamat itu. Kawan-kawan dia saja tinggalkan diorang berdua sebab nak bagi jalan. Mulia betul kawan dia. 

Gua perhati lagi awek dengan mamat itu. Gua tengok awek itu masih main telefon dia lagi. Yang mamat itu pula tengah pandang arah lain. Mungkin agaknya diorang masing-masing malu-malu. Atau mungkin juga awek itu rasa mamat tu tak hensem sampai dia tak sanggup pandang muka mamat itu. Gua tak tau lah.

Teringat pula gua zaman gua muda remaja dulu. Bagi gua, jumpa depan-depan kali pertama memang ini memang senang nak terbuat benda-benda bangang. Bila dah nervous fikir pun kadang-kadang pakai kepala lutut. Mulut pula mulalah terkeluar soalan-soalan bangang tahap IQ 20 saja. Jadi, kalau awek yang jenis nak judge masa kali pertama jumpa, bagi gua memang besarlah peluang nak dapat pasangan yang salah. Tak gitu?

Saturday 17 March 2012

Gandalf Mahawangsa

"Gua perati je si Rahim Razali ni. Bukan main kejung lagi rambut dia"


"Ada aku kisah? Yang penting aku ada ciken. Kau ada??"

Friday 16 March 2012

Jang ke Medan I

Dalam entri yang lepas, gua ada cakap yang gua nak kongsi pasal percutian gua di Medan. Gua tak lupa..gua tak lupa. Jadi entri kali ini gua nak cerita mana yang mampu pasal percutian gua.

Gua pergi ke Medan dengan famili sebelah isteri gua. Kami bertolak pagi Rabu minggu lepas dan balik hari Sabtu berikutnya. Untuk pakej empat hari tiga malam di sana, kos untuk setiap seorang lebih kurang RM580 tak termasuk tiket kapal terbang. RM580 yang gua bayar tu cover bayar hotel, makan dengan minum, pengangkutan dan juga supir. Bagi gua memang boleh sangatlah harga macam itu. Tapi kalau lu orang jenis tahi hidung masin nak cakap mahal juga, lu orang buat pakej sendirilah. Lu jadi pelancong, lu juga jadi supir.

Flight kami berlepas dari LCCT lebih kurang pukul 7.40 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan lebih kurang sejam kemudian. Sebaik keluar dari airport, gua dan famili gua disambut supir kami, Didik. Si Didik ini sebaya gua tapi bujang lagi. 

Memandangkan masih ada masa sementara nak makan tengahari, Didik bawa kami melawat Istana Maimun. Istana Maimun ini dulu dibina oleh Sultan Deli untuk isteri dia yang bernama Maimun. Isteri dia ini pula berasal dari Perak. Orang kite le Yob! Macam-macam penjaga istana itu cerita pasal sejarah Istana Maimun ini. Tapi gua tak ingat. Sebab gua memang tak minat sejarah. Jadi lu orang tengok sendirilah gambar yang sempat gua ambil tempoh hari.







Selesai melawat Istana Maimun, kami terus pergi makan. Sepanjang di Medan, tengahari kompom makan masakan Minang. Jadi gua tak payah susah-susah nak adjust tekak gua. Malangnya gua tak sempat ambil gambar masa makan. Perasaan lapar dah mengatasi kewarasan otak gua. Hehehe...

Lepas makan, kami bergerak memulakan perjalanan ke Parapat di Danau Toba. Perjalanan ke Parapat ini mengambil masa lebih kurang 4 jam. Part yang ini nanti gua sambung kemudian. Mengantuk pula gua update blog sambil tengok cerita Gandalf melayu ni.

"Gua rasa gua lagi ayu kalau nak dibanding dengan awek ni" - kata-kata hikmat Gandalf melayu

Monday 12 March 2012

Bertapa

Gua lama tak update blog bukanlah sebab gua malas, tapi yang sebenarnya sebab gua pergi bertapa. Kerja-kerja menulis ni bukannya boleh buat sambil lewa. Kena selalu cari ilham. Lalu gua telah mengambil keputusan untuk keluar bertapa di kaki air terjun Sipiso-piso semata-mata untuk mendapatkan ilham. Hasil pertapaan gua, otak gua sekarang penuh dengan ilham. Perut gua pula penuh dengan beriani kambing yang gua makan malam tadi. 

Apa-apa hal pun, gua tunjuk dulu gambar yang gua ambil di tempat pertapaan gua tempoh hari. Lepas-lepas ini nanti gua cerita pasal kembara gua di bumi Medan.


Tuesday 31 January 2012

Awan Nano Tino II

Gua dah agak dah Herman Tino tak mati lagi. Dia tertumpah sirap je kat baju dia.

Saturday 21 January 2012

Cita-cita

Zaman sekolah dulu cikgu selalu tanya apa cita-cita gua. Apa gua nak jadi bila besar? Gua yakin bukan cikgu gua saja. Cikgu-cikgu lu orang pun mesti pernah tanya pasal cita-cita lu orang. Gua tak tau lah sama ada memang ditetapkan dalam garis panduan KBSR dan KBSM masa tu yang mewajibkan cikgu kena tanya pasal cita-cita pelajar. Atau pun cikgu saja-saja tanya sebab nak hilangkan bosan masa mengajar.

Bagi gua, setiap kali cikgu tanya pasal cita-cita, jawapan gua biasanya antara arkitek atau pun jurutera. Ada sekali saja yang gua jawab nak jadi saintis. Itu pun entah mana datang suara halus bisik dekat gua suruh jawab saintis. Kawan-kawan gua yang lain pula ada yang jawab nak jadi cikgu, doktor, usahawan atau pun paling rare nak jadi pegawai polis.

Tapi zaman dah berubah. Cita-cita budak-budak sekolah sekarang tak sama macam budak-budak sekolah dulu. Macam adik kita yang seorang ini, cita-cita dia nak jadi Youtube sensation. Semangat betul dia dengan cita-cita dia. Abang harap bila adik dah jadi Youtube sensation nanti jangan lupa mak bapak ya!


Thursday 19 January 2012

Belajar

Petang tadi gua telefon seorang member lama gua. Sebenarnya gua janji nak telefon dia tahun lepas. Tapi disebabkan gua banyak layan benda-benda Jilaka, maka baru petang tadi gua dapat telefon dia.

Member gua ini memang power. Hobi dia belajar, tak macam hobi gua, mengumpat. Dari masuk tadika dia belajar. Sambung ke sekolah belajar lagi. Lepas tu masuk pula maktab dan sambung lagi belajar ke universiti sampai sekarang dah 10 tahun lebih dekat universiti. Tak macam gua. Tadika gua tak pergi, masuk sekolah rendah gua mula mengumpat sambung ke sekolah menengah lagi hebat mengumpat. Masuk universiti pula gua lebih suka mengumpat di rumah sewa dari terlibat dengan politik kampus.

Masa berborak dengan member gua tadi, dia ada cakap suruh gua selalu update blog gua. Dia cakap bila dia baca blog gua boleh hilangkan stress dia belajar. Tak sangka betul gua blog gua boleh tolong orang dapat PhD. Heheheh...