Tuesday 25 January 2011

Khurafat

Petang sabtu yang lepas gua tengok wayang cerita Khurafat. Alaa..cerita hantu yang anak Yusof Haslam direct tu. Gua tengok berempat dengan abang gua,adik gua dan sepupu gua seorang di GSC Terminal One, Seremban.

Sebenanya gua tak ada plan langsung nak tengok cerita Khurafat ini, tak macam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dulu. Yang itu memang gua plan dari awal. Keluar saja Kak Limah dekat wayang terus gua pergi tengok. Khurafat ini gua tengok pun sebab adik gua beriya promote, katanya seram dari awal cerita sampailah ke tulis-tulis nama pelakon bila cerita dah habis tu. Tapi gua sendiri tak pasti apa yang dia cakap tu memang dia betul-betul maksudkan atau pun tokey wayang yang upah dia suruh cakap macam itu.

Cerita Khurafat ini lebih kurang macam ini:

Si Syamsul Yusof kerja di hospital kerajaan, handle hal ehwal bilik mayat. Hospital mana gua tak pasti. Tapi gua syak hospital itu dah lama tak bayar bil api. Sebab sepanjang cerita hospital itu gelap saja. Bilik mayat gelap, wad gelap, pejabat si Syamsul ini pun gelap. 

Syamsul baru berkahwin dengan Liyana Jasmay. Aizat memang tak nampak muka langsung masa kenduri diorang. Frust gamaknya. Si Sabrina Ali pula ex-girlfriend Syamsul, pun sama frust bila Syamsul dumped dia lepas tu kahwin dengan Liyana Jasmay. Bukan sikit-sikit punya frust. Frust sampai bunuh diri. 

Sejak si Sabrina bunuh diri, Syamsul selalu kena kacau hantu. Dekat bilik mayat kena kacau, dekat wad kena kacau, balik rumah kena kacau, dalam kereta jenazah kena kacau, sampaikan makcik cleaner misteri pun kacau dia. Yang si Syamsul dengan member dia mamat Kedah driver hospital itu pun satu hal, tengah-tengah malam baru nak hantar jenazah. Apa jadah tak hantar masa tengahari tegak saja? Taklah kena kacau hantu. 

Dah hujung-hujung cerita barulah cerita sebenarnya keluar. Barulah tahu sapa elok sapa tak, kenapa si Syamsul selalu kena kacau, siapa makcik cleaner misteri, kenapa makcik cleaner misteri selalu bagi kuih dekat Syamsul.Segala-galanyalah.

Kesimpulan gua, gua rasa hantu dalam cerita Khurafat ini gila glamer sangat. Sikit-sikit nak keluar, sikit-sikit nak keluar. Keluar nak tunjuk muka saja, tak adanya nak keluar setakat bayang-bayang ke silhouette ke.Banyak sangat keluar pon tak saspen juga ya tak?

Johan memang kelakar. Terserempak Kak Limah malam-malam dekat kubur pun nak tegur lagi.
"Kak Limah oiii..tak nak tumpang balik ke?"

Selamat Ulang Tahun

Selamat hari lahir gua ucapkan untuk Puan L.
ooxxooXoXoXx (hug hug kiss kiss hug hug big kiss little hug kiss kiss little kiss)



p/s: Entri ini sepatutnya gua post 22 Januari lepas

Thursday 20 January 2011

Meeting

Pagi tadi gua ada meeting. Biasanya gua cuma masuk meeting yang tahap macai-macai saja, tapi meeting pagi tadi teknikal habis. Macam tak patut pun ada gua rasa pagi-pagi nak sembang benda-benda berat. Boleh terkejut otak dibuatnya. Silap-silap boleh kena kanser otak.

Bila meeting yang teknikal-teknikal macam ini gua perasan satu perkara. Masing-masing dalam meeting nak berlawan sapa lagi teknikal. Tak mahu kalah.
Mamat A cakap, 'Kita nak migrate ke network lain'.
Mamat B menyampuk, 'Maknanya kita nak transfer ke network lain, ya tak?'.
Mamat C pun nak menyampuk, 'Ooo..kiranya nak offload ke network lain la ni..'.
Gua rasa tiga-tiga ayat tu sama saja maknanya. 
'Nak pindah ke network lain'. 
Tapi sebab masing-masing tak mahu kalah, masing-masing nak guna perkataan lain-lain untuk maksud yang sama. Tambah konfius ada.

Gua sepanjang meeting memang senyap saja sebab gua lapar tak sempat sarapan. 

Friday 14 January 2011

Saiko

Petang tadi gua pergi melawat kawan gua di wad psikiatri hospital UM. Gua taubat tak akan masuk lagi  mana-mana wad psikiatri. Jadi mulai esok gua akan makan kismis doa tujuh biji pagi dan tujuh biji malam supaya otak gua cerdas dan hati gua tenang. Supaya gua tak depresi.

Tuesday 11 January 2011

Jemputan kahwin

Ahad malam yang lepas gua dapat jemputan ke majlis kahwin member sekolah gua kat Mandarin Oriental. Gua sebenarnya jarang sangat masuk hotel besar-besar ini. Sesekali masuk macam ini mulalah gua kelam-kabut. Berjalan pun jadi tak tentu hala. Kadang-kadang dua kali gua langkah kaki kanan sekali kaki kiri pun ada. 

Lebih kurang pukul 7.45 malam gua dah masuk ke lobi hotel. Gua terus menghala ke kaunter daftar tetamu depan ballroom. Zaman sekarang dah lain. Nama kena semak sendiri dekat kaunter. Kalau zaman P. Ramlee dulu agaknya adalah mamat tukang umum nama gua depan pintu dewan tu.
"Saddiq Sigaraga..Saddiq Sepakraga..Jalaann Daa.."
Pukul 8.30 malam majlis mula. Selesai segala VIP ambil tempat, pengantin pun masuk bersanding. Gua pula lebih fokus pada makanan, tak ambil kisah sangat pasal majlis. Tiba-tiba hos majlis umum ada artis istimewa dijemput menghiburkan tetamu.
Pehhhhhh....Irwansyah!! Gua kalau dapat Abon datang kenduri kahwin gua pun dah bangga habis rasanya.
Tapi gua  tengok Irwansyah semacam frust masa nyanyi lagu Berdua Lebih Baik. Muka macam makan dalam. Agaknya teringat Acha Septriasa.
"Takpe bro. Gua faham apa lu rasa. Semua orang pernah kecewa. Semua orang...semua orang..Kecewa", bisik gua dalam hati.

Friday 7 January 2011

Suatu senja di cuti Krismas

Krismas yang lepas gua balik rumah mentua gua dekat Ipoh. Cuti pun panjang sikit, dari Sabtu membawa ke Isnin. Petang Ahad tu dekat-dekat nak senja gua bersiap-siap pakai kain pelikat. Niat gua masuk saja waktu Maghrib gua nak azan tengah rumah. Ambil hati mentua la katakan..heh heh...
'Plingg... Plingg'
Gua jeling laptop gua dari jauh. Ada chatbox keluar kat facebook gua. Gua dekat sikit ke laptop gua. Yekeh rupanya. Yekeh ni member sekolah gua dulu. Nama sebenarnya Zaki.
"Apa pendapat kau pasal Menara Warisan?", Yekeh tanya gua. Salam pun tak bagi.
"Gua tak setuju", gua balas. Pendek tapi tegas.
"Aku stuju ngn pndpt ko. Dengan keadaan skrg negara dibebani dengan kadar kenaikan harga brg. Inflasi pada paras 5.4% bagi jan 2010. Byk lagi yg boleh wat dengan USD1.6B tu.", Yekeh balas balik.
Pehhh. Kagum aku. Walaupun tulis singkat-singkat tapi ada fakta. Bukan macam budak-budak sekarang, tulis singkat-singkat sampai tak boleh faham langsung.
"Mengikut Idris Jala...dgn pemberian subsidi kepada rakyat akan mengakibatkan negara muflis by 2019. Kalau dah ckp camtu...npe nk bazirkan simpanan yang ade...sedangkan hutang negara berada pada RM432B skrg ni. Mmg btl najib kate mse Tun Dr M wat KLCC dulu sme org bantah..tp kte kene ingt mse tu KDNK kte brade pade 6%-7% setahun"
Pehhh. Makin kagum aku. Bertubi-tubi fakta mamat ni.
"Anyway, cmna married life? Share la sikit ;p "
Aihhh, elok-elok fakta menggatal pulak mamat ni...Siap icon jelir lidah lagi..

Saturday 1 January 2011

2011

Hari ini dah masuk 2011. Banyak azam gua untuk tahun ini. Campur azam-azam yang gua carry forward dari tahun-tahun lepas lagi. Apa-apa hal gua nak pergi gunting rambut dulu. Buat pesen 2011.