Friday 29 April 2011

Rocking

Malam esok sampailah masa yang gua tunggu-tunggu sepanjang minggu ini. Gua nak rocking dengan Wings. Gua tak ada masa nak layan hal-hal sumpah laknat Eskay. Apa-apa hal kasi warm up dulu.

Monday 25 April 2011

Sejati

Hujung minggu ini gua akan pergi Istana Budaya. Bukan sebab nak tengok teater tapi sebab nak tengok Konsert Opera Hidup Wings. Gua memang dah tak sabar-sabar. Dari pagi tadi gua dengar lagu Wings sambil buat kerja. Gua harap masa konsert nanti Awie pakai baju sebelah lain, sebelah lain macam masa Juara Lagu 1990 dulu.

Friday 22 April 2011

Email

Dulu, masa gua sekolah rendah, paling kurang akan ada sekali gua tulis surat atau kad dalam setahun. Setiap kali dekat nak raya, bapak gua akan belikan satu pek kad raya yang dalam dia ada 10 keping kad. Gua akan tulis kad-kad itu untuk arwah atuk gua, pakcik-pakcik dan makcik-makcik gua dan juga untuk abang gua yang masa itu tengah belajar di UUM. Selesai gua tulis, bapak gua akan bawa kad-kad itu masa dia keluar kerja untuk dipos.

Bila gua dah masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama, ada juga gua hantar kad raya untuk mak dan bapak gua. Ada juga sekali dua gua tulis surat untuk kawan sekolah rendah gua dulu. Kawan perempuan saja. Kawan lelaki jangan haraplah nak dapat surat dari gua. Kebiasaannya surat yang gua hantar akan dibalas. Kadang-kadang sebelum surat sampai ke tangan gua, warden dah buka dan baca dulu. Ikut nasiblah.

Masa zaman universiti pula, buat pertama kali gua tulis surat hantar ke oversea. Surat yang ini pun dibalas. Dapatlah gua tengok rupa setem negara lain. Gua pun dah ada email masa ini. Gua dah tak payah susah-susah nak beli kertas kajang, pen dengan setem untuk hantar surat. Gua pun dah tak perlu nak ingat alamat rumah yang panjang-panjang dengan poskod lagi. Ingat alamat email yang pendek-pendek saja. Itu pun simpan dalam address book email.

Baru-baru ini pula, kerajaan cakap nak buat email 1Malaysia. Bajet sampai RM 50 juta. Kononnya nak bagi email percuma untuk rakyat. Supaya nanti senang rakyat-rakyat boleh join Facebook, Twitter tak pun Friendster. Apa? Dia ingat makcik-makcik kat kampung sana nak sangat follow twitter Justin Bieber? Memang bingai! Daripada bagi email percuma, baiklah bagi internet percuma dulu ke kampung-kampung yang jauh-jauh tu.

Tolonglah, jangan bingai sangat!

Tuesday 19 April 2011

Member lama

Bila gua jumpa member lama, yang dah bertahun-tahun tak jumpa, gua selalu akan ada perasaan semacam baru semalam kali terakhir gua jumpa member gua itu. Otak gua akan rewind semula segala kenangan-kenangan lama. Macam semalam, gua jumpa member sekolah menengah gua dulu.

Gua teringat balik zaman sekolah menengah gua. Masa sekolah menengah gua duduk asrama. Masa itu, hampir setiap pagi gua terbangun tidur sebab kena rotan dengan warden. Tak sempat hilang kebas kena rotan, gua akan beratur pula tunggu giliran untuk mandi. Masa menunggu ni pun masing-masing akan ambil port untuk tidur. Port yang paling baik sekali atas pangkin tempat basuh baju. Tapi ada juga yang terer sambil berdiri pun boleh tidur.

Dekat kelas pula memanjang nak tertidur. Bila cikgu kantoi gua akan terangguk-angguk buat-buat macam faham apa yang cikgu ajar. Pernah juga sekali gua  kantoi tertidur dengan cikgu BM gua. Dia suruh gua berdiri.
"Awak, apa jawapan soalan saya tadi?", cikgu gua tanya.
Cilaka! Gua tak dengar apa cikgu gua soal tadi. Gua tengok papan hitam lepas tu gua tembak saja jawapan.
"Kata kerja rasanya...cikgu", gua jawab dengan suara tersekat-sekat.
Terus satu kelas gelak terbahak-bahak. Mengalahkan tengok Raja Lawak. Tony yang duduk belakang gua gelak paling lebih-lebih. Gua dah tak tentu arah. Muka pun dah macam kerang busuk. 
"Saya tak ada tanya apa-apa pun", cikgu gua cakap.
Cis!!! Rupa-rupanya cikgu gua tak ada tanya apa-apa pun. Saja dia nak kantoikan gua tidur.

Cis!!!, lagi.

Friday 8 April 2011

Gempa


Baru beberapa jam yang lepas, Jepun sekali lagi dilanda gempa bumi yang kuat. Semoga semua yang berkenaan selamat. Juga, semoga tiada lagi siapa-siapa buat lawak tanya mana perginya Ultraman, Pokemon, Doraemon mahu pun Nobita. Jangan buat perangai bingai!

Thursday 7 April 2011

Video paling hot


Siapa-siapa yang tak tahu video apa yang paling hot minggu ini, gua nasihatkan bungkus pakaian masing-masing dan berhijrah duduk di mana-mana gua yang available. Gua dah tengok video ini di Youtube. Gua tak ada nak komen apa-apa. Nak kata iya pun tidak, nak kata bukan pun tidak.

Gua cuma harap semua yang terlibat dengan video ini pernah dengar lagu Hukum Karma. Baru masing-masing tahu 'mulia dibalas syurga, dosa 'kan sengsara'. Dan gua juga harap mereka-mereka ini masa sekolah asrama dulu pernah baca komik Alam Perwira. Baru masing-masing sedar 'jangan sampai keranda diusung, baru bercucuran airmata'.

Tuesday 5 April 2011

Awan Nano Tino


Buat masa sekarang, gua memang tengah high layan video ini. Ada dua sebab gua suka layan video ini, satunya gua rasa lagu dia boleh tahan, lirik pun ada mesej tak macam lagu Justin Bieber. Satu lagi, sebab Herman Tino

Sebab apa Herman Tino? Sebabnya Herman Tino cool gila beb...Gua pernah duduk semeja dengan dia dulu, sekali. Bukanlah gua saja-saja ajak Herman Tino lepak minum dengan gua, tapi kebetulan saja. Kalau gua saja-saja ajak mungkin dia wakilkan kain pelikat dia saja datang lepak dengan gua. Apa gila gua nak bersembang dengan kain pelikat dia.

Gua ingat lagi masa itu gua pergi makan di kedai Herman Tino. Ya..Herman Tino ada bisnes kedai makan di Kota Damansara. Kalau tak silap gua nama kedai dia Delima. Gua datang berdua dengan seorang minah bekas officemate gua. Masa nak duduk gua dah perasan Herman Tino termundar-mandir ke depan ke belakang buat-buat sibuk. Walhal masa itu ada tiga meja saja yang ada customer

Nak dijadikan cerita, selesai gua dengan member gua makan, hujan turun. Lebat tak agak-agak. Nak pergi ke kereta pun tak lepas. Terpaksalah gua dengan member gua terus duduk di kerusi masing-masing. Herman Tino pula gua perhatikan dah tak ada kerja nak buat. 

Tiba-tiba, Herman Tino melangkah ke meja gua. Dengan muka selamba dia tarik kerusi dan terus duduk. Gua terkejut tapi buat-buat selamba. Sesekali gua jeling rambut dia sambil cuba teka syampu apa yang dia guna. Herman Tino tanya nama gua. Gua jawab. Tau saja nama gua, dia mula bercerita. Macam-macam cerita. Yang gua dengan member gua sebab nak menjaga hati dengar sajalah. Sebab nak jaga hati jugalah gua terpanggil dia abang. Sepatutnya gua panggil dia pakcik Herman saja.

Puas berborak tiba-tiba gua tanya dia,
"Abang taknak buat album lagi?"
Herman Tino jeling gua. Gua jadi saspen. Gua dah terbayang gua kena lempang macam dalam video klip ini.
"Lang, jangan kurang ajar Lang!", Paannnngggggg!!!!!!
 Herman Tino jawab,
"Ahh..kalau aku buat album pun bukan kau nak beli. Tanya saja lebih"