Wednesday 29 December 2010

Dari Jelebu ke Xiamen II

Gua baru balik dari Xiamen, China minggu lepas. Lebih kurang seminggu gua dekat sana. Takde apa yang menarik sangat pun situ. Sepanjang gua dekat sana, banyak benda gua nak tulis dalam blog ni, tapi malangnya blogspot kena block, sama macam Facebook, Youtube, Wordpress  dengan Twitter.
Gua try cari gulai cili api kat sana tapi tak jumpa. Gua ganti dengan ni.
Langsung gua tak paham apa tulis kat entrance tu, tapi agaknya restoran sup sirip ikan yu.
Mamat ni bagitau kat gua yang dia datang dari zaman silam. Zaman Dinasti Ming rasanya.
 Macam harrraaam, ya tak?
Mamat homeless paling bergaya yang gua pernah jumpa.

Gua cuba juga perhati kalau-kalau ternampak Lin Dan. Nak juga gua ajak dia lepak pekena teh sama-sama. Boleh sembang-sembang pasal raket ke, shuttlecock ke. Paling koman pun pasal net.

Tuesday 28 December 2010

Mr. Siva bukan Sivaji The Boss

Masa gua sekolah rendah dulu, ada seorang cikgu Bahasa Inggeris, Mr. Siva nama dia. Mr. Siva ni tua dah masa tu. Umur 50 lebih tunggu nak pencen je. Mr. Siva memang garang. Kalau budak-budak yang iman tak berapa nak tebal tengok muka dia pun boleh terkencing dibuatnya. Muka masam, mata merah, pakai baju pulak tak butang habis. Saja tayang bulu dada gamaknya.

Dalam kelas Mr. Siva, memang dia tak bagi langsung bercakap bahasa lain selain bahasa omputeh, tersasul pun tak boleh. Nasib baik masa tu gua tak ada penyakit kuat melatah. Kalau ada susah juga nak kena translate latah-latah gua.
"Ooo..my mother!" (Ooo..omak den!)
Kalau sapa-sapa terkantoi cakap bahasa melayu, alamat kena rotan la dengan Mr. Siva. Mr. Siva rotan budak-budak ikut berapa haribulan. Kalau hari tu 15 haribulan maknanya kena rotan 15 kali, kalau 30 haribulan 30 kali la tangan menadah menahan rotan.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu gua terkantoi cakap bahasa melayu. Mr. Siva panggil gua ke depan kelas. Gua bangun dari kerusi gua, jalan slow ke depan kelas. Mr. Siva terbongkok-bongkok cari pembaris dalam laci meja cikgu. Dapat pembaris, terus Mr. Siva datang ke arah gua. 
"Now, show me your hand", arah Mr. Siva.
Gua jeling papan hitam. Gua tengok tarikh 3 haribulan. Gua senyum sikit. Gua pun hulur tangan gua. Steady je. 
"Apa sangat kena rotan tiga kali..sikit pun tak luak tangan gua..", gua cakap dalam hati.
Mr. Siva pulak jeling papan hitam. Dia diam sekejap.
"Hmm..now i will add 1 in front of the 3. So, you get 13 times"
Haram. Air mata gua mula bergenang sebaik Mr. Siva mula merotan tangan gua tanpa belas kasihan.

Friday 10 December 2010

Kisah Cinta Monyet Gua

Cinta monyet gua peak dalam tahun 1999 camtu. Maklumlah masa tu gua tengah muda remaja. Tengah Form 5. Kalau ikut orang tua-tua kata memang tengah sedap-sedap masak lah. Dalam tahun tu saja, lebih kurang 7 kali gua ngurat-coupled-clashed. Tu gua tak kira lagi kisah-kisah gua coupled dengan anak perkerja dewan makan, anak tukang kebun, anak jaga mahupun anak-anak cikgu kat sekolah gua. Pendek kata memang tak cukup jari tangan kalau nak dikira semuanya.

Sebab apa banyak kali sangat ngurat-couple-clashed? Sebab gua berdarah romeo. Gua ngurat, coupled, 2-3 minggu mula bosan, gua dumped awek tu. Cari yang lain. Masa tu cari awek tengok paras rupa je. Mana yang cantik, sedap mata memandang gua approach terus. Ye lah, zaman sekolah nak tengok kriteria apa lagi? Bukan macam umur-umur sekarang, nak pilih awek kena tengok rupa, belajar tinggi mana, hormat orang tua ke tidak, pandai masak ke tidak, pastu tengok rupa balik.

Antara semua awek-awek yang gua pernah ngurat-coupled-clashed masa tu, ada seorang yang gua paling tak boleh lupa. Nama dia Nin. Nin ni memang wanita melayu terakhir. Muka manis, mata meredup, bibir merah nipis, bertudung siap. Kalau bercakap suara lembut sangat. Gerak-geri memang cukup sopan dan santunnya. Memang kalau mak gua jumpa dia, kompom terus masuk meminang gamaknya. Sejak gua coupled dengan Nin, hidup gua berubah. Gua jadi lebih tenang. Lagu-lagu ganas yang selama ni membakar semangat gua, gua tolak tepi.Walkman gua pun gua jual kat member Kelantan gua, Tony. Masa tu belum ada mp3 player lagi, dan masa tu bapak si Tony ni kerja TNB lagi kat Lemal. Sekarang dah pencen agaknya bapak dia. Hiburan gua digantikan dengan bunyi kicauan burung yang indah setiap kali gua dating dengan Nin kat bawah pokok hujung padang sekolah. Chewahh..

Nak dijadikan cerita, suatu petang Nin datang ke sesi dating kami dengan muka yang muram. Nin tak banyak cakap macam selalu. Gua tanya sepatah, sepatah dia jawab. Yang banyaknya dia mendiamkan diri saja. Pandangan pun jauh macam runsing memikirkan sesuatu. Suasana masa tu gua rasa sunyi yang paling sunyi gua pernah rasa. Tiada kata-kata dari mulut gua, mulut Nin apatah lagi. Burung-burung pun tak berkicau. Malahan angin sekali pun tak bertiup.

Tiba-tiba Nin buka mulut memecah kesunyian.
"Abang masih cintakan Nin ke? Abang masih teringatkan Nin macam dulu ke? Itu je yang Nin nak tau, bang.."
Gua bangun.

Terus gua nyanyi lagu Cinta Kristal. Sebiji macam video bawah ni


Sejak petang tu gua tak jumpa Nin lagi..

***** ***** *****

Cilaka, cerita ni gua reka saja. Yang sebenarnya gua tak pernah bercinta monyet ataupun bercinta dengan monyet masa zaman gua sekolah dulu. Sebabnya gua sekolah all boys!! Gila apa nak bercinta dengan schoolmate gua, jantan semuanya. Cilaka, gua terlepas satu pengalaman penting dalam hidup. Gua reka cerita ni sebab gua jeles dengan orang-orang yang pernah bercinta monyet dan juga selepas gua terbaca blog cantik Hanis Zalikha ni. Blogger dia lagi berganda-ganda cantik dari blog dia.

p/s: Gua post video ni sebab malam tadi gua layan cerita ni kat wayang.

Monday 6 December 2010

Dari Jelebu ke Xiamen

Minggu lepas ada dua hari gua pergi pejabat imigresen. Pergi imigresen sah-sah la sebab nak buat passport, takkan nak bayar saman trafik yang dapat diskaun 50% pulak. Sesekali buat pasport ni gua rasa macam businessman pulak, kena buat passport sebab nak attend meeting bisnes juta-juta kat Amerika. Rasa macam Aziz Singah pon ada.