Malam semakin larut. Jam di dinding wad menunjukkan sudah hampir pukul 1 pagi. Gua masih lagi cuba melelapkan mata. Entah kenapa susah betul gua nak lelap malam ini. Nak kata sebab gua minum kopi Power X Dr. Azizan Osman, tak juga. Dah dua hari di hospital ini gua tak menghirup apa-apa jenis kopi pun.
Penat berbaring, gua duduk di atas katil dengan kaki berjuntai ke bawah hampir-hampir menyentuh lantai sejuk hospital. Sesekali gua tinjau ke luar melalui tingkap di tepi katil gua. Gelap. Apa yang gua nampak cuma titis-titis hujan yang tak henti-henti singgah mengetuk cermin tingkap dari lewat petang tadi.
Masa-masa begini fikiran gua jauh melayang mengingat kembali pengalaman-pengalaman berkaitan hospital yang pernah gua lalui. Kalau zaman sekolah dulu, setiap kali tidak sihat kami akan dibawa ke Hospital Lady Templer. Hospital peninggalan zaman kolonial dulu. Memang seram. Dengan binaan bangunan lama, ada pula blok-blok hospital yang memang sudah lama dikosongkan sampai dilitup dek pokok-pokok liar. Jauh berbeza dengan Hospital KPJ Kajang ini, yang telah gua huni sejak dua hari lalu.
Tiba-tiba, sedang asyik gua mengelamun, gua terdengar pintu bilik wad gua dibuka. Dan secara tiba-tiba juga rongga hidung gua dipenuhi bau seakan-akan daging dibakar. Gua terasa panas. Peluh-peluh jantan telah mula memercik di muka. Dari bawah tirai katil, gua dapat melihat sepasang kaki lembaga sedang melangkah perlahan-lahan ke arah gua. Semakin hampir lembaga itu, semakin panas gua rasakan. Sehinggalah lembaga tersebut berdiri betul-betul di hujung katil gua, memandang gua yang sudah kaku ketakutan.
"Siapa kau?", tanya gua dengan suara terketar-ketar.
"Aku hantu... Aku hantu...", jawab lembaga tersebut dengan suara yang menyeramkan.
"Tapi...tapi..kenapa kau bawa satay-satay ni semua? Siap dengan nasi impit lagi. Aku tak pesan benda-benda ni semua. Doktor tak bagi aku makan benda-benda bakar!", tanya gua dengan berani.
"Cilaka punya budak..Dah kau masuk hospital kat Kajang, mestilah hantu satay yang datang kacau kau. Kalau kau duduk hospital oversea baru la ada hantu chicken chop. Dasar lupa asal usul punya budak.", jawab lembaga tersebut lalu terus meninggalkan gua.Gua pun terus menarik selimut dan tidur.
*******
Kehkehkeh..amacam cerita hantu gua? Gua harap akan ada film director yang baca cerita ini dan jadikan filem. Gua kompom mesti box office punya. Tapi Razak Mohaideen lu jangan ngada-ngada nak ambil cerita gua ini buat filem. Gua tak nak cerita hantu gua jadi gampang macam Mami Jarum ataupun Nana Tanjung!
p/s: Entri ni gua tulis semasa gua meneman orang di wad minggu lepas
Ini Hospital Lady Templer