Showing posts with label GUA. Show all posts
Showing posts with label GUA. Show all posts

Thursday, 21 May 2015

Terbaik Dari Langit

Aku baru dapat tengok filem ini sejak dia keluar wayang hujung tahun lepas. Secara pendeknya, filem ini kisah empat orang kawan lama, bersama seorang awek pergi road trip untuk buat filem pasal UFO. Sepanjang perjalanan, masing-masing cuba untuk reconnect sesama sendiri, dan masing-masing juga bawa sekali masalah-masalah kehidupan yang berbeza.

Aku bukan nak komen pasal hal-hal teknikal filem ini. Bagi aku dari segi lakonan, skrip, sudut penggambaran, musik latar, filem ini jauh tinggalkan filem-filem lain dekat Malaysia ini. Itu pun aku tak consider 'filem-filem' Razak Mohaideen. Bagi aku itu tahap drama saja. Lagi teruk mungkin.

Secara jujurnya, bagi aku ini adalah antara cerita yang meninggalkan kesan dan feel pada aku. Mungkin aku sikit bias sebab aku dulu pun budak asrama macam diorang. Tambahan lagi sekolah aku dulu semua budak lelaki. Jadi aku lebih terkesan dan faham dengan brotherhood diorang. Benda ini bagi aku sangat istimewa dan tak mungkin aku boleh dapat lagi di tempat-tempat dan masa-masa yang lain. Walaupun masa berlalu, setiap seorang ada haluan hidup berbeza, yang masih bujang, yang dah kahwin dan beranak pinak, tapi aku yakin brotherhood ini akan kekal istimewa di hati masing-masing.

Cerita ini juga bagi aku banyak mengajar pasal kehidupan yang sepatutnya. Hari ini hidup kita terlalu ditentukan oleh orang lain serta persekitaran kita dan bukannya diri sendiri. Selalu kita cuba untuk menurut trend supaya kita tak dianggap pelik. Kita ubah diri supaya orang faham kita. Kita takut untuk buat keputusan yang betul bila keputusan itu songsang dengan orang lain. Kita berhenti buat benda-benda yang kita minat dan ada bakat dengan alasan kita terlalu sibuk dengan hidup, dan bermacam lagi alasan yang kita reka sendiri. Kita semacam amat selesa, puas dan tak pernah melawan rutin kita walaupun ianya terlalu sama setiap hari.

Walhal, dalam hati kita tahu apa yang lebih kita mahukan. Kita tahu apa yang menggembirakan dan kita tahu apa yang mampu memberikan makna pada diri kita.

Aku harap akan lebih banyak cerita-cerita macam ini dibuat.

Aku harap hidup aku akan menjadi hidup yang bermakna bukan sekadar suatu tempoh dari mula membuka mata sampai masa menutup mata.

Aku juga berharap yang aku akan mampu membesarkan anak aku supaya dia akan menjadi seorang yang boleh menentukan hidupnya sendiri. Seorang yang hatinya besar seiring akalnya. Semoga dirinya puas dengan kehidupannya. Semoga aku sendiri puas dengan kehidupan aku suatu hari nanti. Dan semoga kehidupan ini menjadi suatu hidup yang bermakna.

Hidup sehidup-hidupnya.





Tuesday, 12 November 2013

Mengkomikkan rakan-rakan

Ini hobi terbaru gua. Buat komik pasal kawan-kawan gua. Suka betul gua Bitstrips ni. Macam bercambah-cambah pula idea gua nak bikin dialog. Hahaha


Thursday, 17 October 2013

Berlari ke katang: #3

Jilaka. Malam ni ikut jadual gua kena masuk gym ni. Dah banyak hari juga gua tak masuk ni. Raya Haji hari tu memang gua takde la masuk gym. Apa pula kata orang nanti, orang lain sibuk pergi sembahyang raya dengan potong lembu, gua pula sibuk nak angkat besi dekat gym.

Gua harap malam ni dumbbell dan besi-besi gym tak terlalu kejam dengan gua. Bukan apa, gua memang tak berapa kuat rasanya ni. Banyak sangat melantak nasi impit dengan rendang raya hari tu.

Monday, 7 October 2013

Berlari ke katang: #2

Minggu ni dah masuk dua minggu gua pergi gym. Tapi minggu ni power sikit. Gua masuk gym empat kali. Minggu lepas tiga kali saja. Isnin, Rabu dengan Jumaat gua masuk gym ofis macam biasa. Sabtu pagi gua pergi gym dekat Kementerian Belia dan Sukan dengan kawan gua Bon dan Tony. Tony nama saja gangster tapi senyum manis macam gula. Gym ni sekali masuk RM4. Tapi puas hati sebab barang-barang dia banyak. Luas pun luas tak la gua rasa macam sardin.

Mula minggu ni gua dah lebih banyak main weight. Gua buat squats dengan weight, bench press dan barbell row. Kalau lu orang tak tau apa benda-benda ni semua lu pergi google. Gua malas nak terang lebih-lebih. Selain tu gua juga buat planking. 

Tapi memang dia punya penat dengan sakit buat benda-benda ni memang cilaka betul. Rasa macam nak gugur misai gua satu-satu. Tapi jangan risau, gua masih lagi cekal. Wuahahaha

Monday, 30 September 2013

Berlari ke katang: #1

Bermula minggu lepas gua dah masuk gym semula. Maksud gua gymnasium, bukan gymrama. Sebenarnya sebelum bulan puasa dulu gua memang masuk gym. Tapi bila bulan puasa gua stop. Gua takut kalau masuk  juga gua terbawa sekali KFC dengan McD pula. Gua masuk gym ofis gua saja. Tak besar mana pun gym ofis gua ni, tapi setakat benda-benda basic tu ada la. Itu pun gua tengok treadmill dah kena lipat sebab rosak. Gua pun tak tahulah mana punya Usain Bolt lari laju sangat atas treadmill tu sampai jahanam.

Gym ofis gua ni dibuka tiga hari untuk lelaki - Isnin, Rabu dan Jumaat. Baki dua hari lagi untuk perempuan. Tapi biasanya bila hari untuk perempuan, gelap saja gym ni. Tak ada orang masuk pun. Mungkin sebab masing-masing lebih percaya pada ubat kurus. 

Untuk peringkat awal-awal ni gua cuma buat workout yang ringan-ringan saja. Iyalah, gua pun taknak la balun beriya sangat. Nanti cepat sangat pula badan gua katang. Gua tak ready lagi. Spenda bodybuilder nak buat masuk pertandingan pun gua tak beli lagi. Gua cuma kayuh basikal, squat, lunges dan main besi kaki saja. Gua banyak fokus nak kuatkan otot lutut dan peha memandangkan gua baru operate lutut hujung tahun lepas.

Kali ini gua harap gua akan lebih serius pasal hal-hal gym ni. Target gua nak bagi turun berat badan dan menjadi lebih katang. Gua harap gua akan lebih konsisten dengan usaha gua. Gua akan sambung lagi cerita pasal hal gym ni lain kali. Tapi kalau tak bersambung tu maknanya memang sah la gua hangat-hangat tahi ayam. Memang jilaka.

Friday, 27 September 2013

Benda seni

Gua rasa tahap tepu otak gua sekarang memang power betul. Satu apa idea tak ada gua nak menulis dekat blog ni. Nak tulis pasal harga petrol, harga gula naik gua malas. Ramai dah orang lain tulis pasal tu. Kalau gua tulis pun bukan dapat apa. Mendatangkan marah je nanti. Nak sambung cerita Rambo yang gua tulis hari tu lagi gua tepu. Dah lupa dah hujung pangkal dia camana.

Gua harap idea gua nanti akan datang balik. Rasanya benda-benda seni dalam diri gua dah makin hilang. Gua tak nak macam tu. Sekarang pun harap tulis-tulis kat blog ni saja la. Dulu gua selalu melukis. Tapi sekarang melukis lama betul dah gua tak buat. Nak pegang berus cina pun gua dah lupa cara dia.

Benda-benda seni ni la yang buat rasa hidup sikit, tak rasa macam robot.

Saturday, 3 August 2013

Hal-hal update blog

Apa cerita blog gua ni? Dari masa pilihanraya sampai dah nak raya tak ada satu update pun. Harap-harap lepas raya nanti gua rajin sikit update blog

Wednesday, 17 April 2013

Nasihat untuk kawan

Semalam gua ada chatting dengan seorang kawan lama. Masa dia tegur gua dekat chat tu gua rasa macam gembira pula. Nak harap gua tegur memang tak ada. Bukan sebab gua sombong tapi gua rasa bersalah sebab lama gila gua tak contact dia. Gua takut dia kecil hati.

Masa bersembang tu gua dapat tau yang kawan gua ni ada masalah. Dan ditakdirkan masalah dia tak jauh beza dengan masalah yang pernah gua  alami. Gua memang boleh bayangkan apa perasaan dia - rasa stress, rasa serba salah.

Gua nasihatkan kawan gua lebih kurang berdasarkan apa yang pernah gua lalui. Buat kawan gua tu, gua memang faham apa yang lu lalui. Gua tau satu hari nanti masalah lu ni akan setel juga. Tak besar mana sebenarnya, cuma jangan biar terlalu lama. Yang penting lu tak boleh berhenti berharap. Fikir positif dan elakkan stress. Tak payah nak fikir dalam-dalam dan jauh-jauh sangat. Buat semak otak saja. 

Tuhan dah atur macam tu. Kalau orang lain boleh berjaya, gua yakin lu pun boleh berjaya. Tak ada masalah punya. Kita hidup sekali saja. Mungkin hari ini kita terpaksa melalui kesakitan, tapi sekurang-kurangnya kita tak akan menyesal di masa hadapan.

Gua doakan yang terbaik untuk diri lu, hidup lu dan kegembiraan lu. 

Thursday, 21 March 2013

Keputusan SPM

Apa cerita adik-adik yang ambil keputusan SPM tadi? Kepada adik-adik yang berjaya gua ucapkan tahniah. Mana yang kurang berjaya tu tak payah la down sangat. Lu orang pun dah cuba yang terbaik. Cuma mungkin lu orang kurang makan kismis doa. Tu keputusan tak berapa nak pergi tu.

13 tahun yang dulu, masa gua muda remaja gua pun lalui juga pengalaman ambil keputusan SPM ni. Hari keputusan keluar,  lebih kurang pukul 11 pagi gua dah sampai sekolah. Masa tu gua pakai lebih kurang je. Jauh beza dengan budak-budak yang gua nampak dekat shopping complex tadi. Masing-masing bukan main bergaya. Gua dulu nak bergaya beriya pun bukan ada guna. Sekolah gua semua budak lelaki. Kalau beriya sangat bergaya nanti takut ada pula member gua yang jatuh hati dengan gua. Susah pula gua nak kena bertumbuk dengan dia nanti.

Masa gua sampai depan pejabat sekolah, member gua dah ramai berhimpit-himpit depan dinding pejabat. Salinan senarai keputusan cikgu gua tampal di dinding. Gua join sama. Jenuh juga gua nak tilik senarai tu nak cari nama gua. Sebaik gua jumpa nama gua, gua rasa lega. Elok keputusan SPM gua ni. Tapi dua tiga kali juga gua ulang tengok. Mana la tau tersalah tengok keputusan orang lain. Malu nanti.

Lepas dah betul-betul confirm, baru la gua masuk ke dalam pejabat untuk ambil slip keputusan yang asal. Kak Ton, kerani paling otai dalam pejabat tu tersengih-sengih dekat kaunter. Sebaik sampai giliran gua nak ambil slip, tiba-tiba Kak Ton cakap gua tak boleh ambil slip gua.
"Haa..awak tak boleh ambil slip awak ni. Awak ada hutang dengan sekolah. Bayar dulu baru saya bagi slip awak"
"Hutang apa Kak Ton? Mana saya ada hutang dengan sekolah?"
"Ada. Dulu awak ada pinjam bola tujuh biji dari stor sukan. Tapi awak pulang balik dua biji je"
Cilaka. Baru gua teringat hal ni. Gua ingat lepas keluar sekolah dah kira lupa pasal ni. Dah la sebiji bola kena caj RM 30. Lima biji RM 150 tu. Masa ni la gua menyesal jadi presiden kelab bola sepak sekolah gua dulu. Tapi nak buat macam mana. Sebagai bekas presiden yang jujur, amanah dan jauh sekali berperangai seperti Taib Mahmud, gua setelkan juga hutang tu. Itu pun pinjam duit member gua dulu. Siot betul.

Monday, 19 November 2012

Doa untuk Gaza

Gua hanya mampu berdoa. Berdoa agar saudara-saudara Islam di Gaza diselamatkan, diberikan ketabahan dan kekuatan untuk bangkit. Berdoa agar Yahudi Laknatullah dihancurkan.

Friday, 21 September 2012

Kambek

Lama betul gua tak update blog ni. Gua kena buat kambek macam ni. Haa..entri yang melepaskan batuk di tangga ni pun boleh kira kambek juga ni.

Sunday, 8 July 2012

Gua masuk Sunway Lagoon

Semalam gua ada family day di Sunway Lagoon. Ini kali pertama gua masuk Sunway Lagoon walaupun nama kampung bapak gua Sungai Legom tak jauh beza bunyinya dengan Sunway Lagoon. Selama ini pengalaman paling hampir gua dengan Sunway Lagoon sama ada tengok di TV ataupun terlopong dengar member-member gua bercerita. Jadi, semalam jakun juga gua sekejap.

Thursday, 5 July 2012

Deposit darah

Pagi tadi buat pertama kalinya gua telah menderma darah gua. Dan buat pertama kali juga gua tau yang darah gua jenis B. Lepas derma darah ni bukan main lain macam rasa badan gua. Gua rasa badan gua kuat macam Wolverine. Mantap..mantap.

Ini poster kempen derma darah tadi

Yang ini pula tangan gua yang mantap tengah mengepam darah. Mantap..mantap!

Monday, 14 May 2012

Terima kasih, Emak


Game ini mak gua belikan untuk gua masa gua sekolah rendah dulu. Gua tak ingat berapa umur gua masa itu. Yang gua ingat, mak gua sebenarnya nak belikan hadiah hari jadi untuk adik gua. Tapi disebabkan perasaan hasad dengki yang bersesuaian dengan umur gua masa itu, gua nak juga hadiah. Tak boleh tidak.

Jadi, mak gua pun mengalah. Dan keluarkan duit RM60 untuk bayar. RM60 masa itu sebenarnya banyak juga. Lebih-lebih lagi bagi mak gua yang cuma ada sumber pendapatan dari upah jaga anak orang. Mungkin juga, mak gua ada plan lain nak guna duit RM60 yang dia keluar itu. Tapi sebab sayangkan anak, mak gua sanggup lupakan keinginan dia.

Sampai ke hari ini gua sebenarnya menyesal sebab susahkan mak gua paksa dia beli game ini. Kalau ada time machine, memang gua balik masa lampau waktu gua tengah merengek nak beli game ini. Gua tak nak banyak cakap gua nak lempang terus diri gua masa kecik itu. Menyusahkan emak gua betul.

Jadi, buat emak gua, gua nak ucapkan sebanyak-banyak terima kasih atas susah payah membesarkan gua sampai gua jadi macam gua hari ini. Terima kasih sebab sentiasa ada bila gua susah, terima kasih sebab sentiasa mendoakan gua, terima kasih sebab masakkan makanan-makanan kegemaran gua, terima kasih sebab sentiasa memahami dan menyayangi gua. Terima kasih untuk segala kebaikan yang gua tahu gua tak akan mampu untuk balas balik.

Ya, gua memang sangat bersyukur sebab masih ada emak sehingga ke hari ini.

Saturday, 28 April 2012

Muda remaja

Pagi ini, bangun dari tidur gua rasa lain macam punya bertenaga. Biasanya lima enam kali pusing kiri kanan baru gua bangun dari katil. Tapi pagi ini, sebaik jam gua berbunyi pukul 6.15 terus gua bingkas. 

Gua terus pergi bilik air basuh muka. Dekat cermin gua tengok garis-garis halus bawah mata gua dah hilang. Pelik betul. Gua capai pula cermin mata gua. Mungkin sebab tak pakai cermin mata, itu yang gua tak nampak garis-garis halus di muka gua. Sebaik gua pakai cermin mata, terus pandangan gua jadi kabur. Gua tanggalkan semula. Jelas pula pandangan gua. Lagi gua pelik. Macam mana gua boleh tak rabun pula?

Gua perhati pula badan gua. Pergh..lain macam dia punya tegap. Dah macam badan orang hari-hari pergi kebun. Lengan gua bukan main keras. Siap dengan urat-urat tersembul lagi. Perut pula rata macam papan. Tak ada lagi lemak keliling pinggang. Otot usah cakaplah. Memang cantik punya berlekuk-lekuk.

Tapi gua masih lagi hairan. Bukan gua tak bersyukur, tapi gua tertanya-tanya macam mana badan gua boleh jadi macam ini. Lama gua termenung dalam bilik air memikirkan apa punca semua ini. Gua fikir lagi. Dan fikir lagi.

Oh ya, baru gua teringat. Hari ini hari jadi gua. Dan gua sebenarnya ada penyakit yang sama macam si Benjamin Button tu. Penuaan gua terbalik tak macam manusia biasa-biasa. Bila makin berusia gua sebenarnya jadi semakin muda. Jadi tak hairanlah badan gua makin muda remaja. Lapang betul hati gua. 

Thursday, 19 April 2012

Din Repair II

Sejak Din Repair datang rumah gua tempoh hari, gua sentiasa rasa semacam tak puas hati bila teringat Din Repair cakap yang mesin basuh gua dah rosak teruk dan perlu diganti. Lagi tak puas hati bila teringat cara dia repair mesin basuh gua. Main melutu-lutu tukar barang tak reti nak check dulu.

Jadi disebabkan tak puas hati, Ahad lepas gua nekad nak check sendiri mesin basuh gua. Berbekalkan otak yang kosong, sebatang screw driver dan bantuan isteri gua, gua mula buka satu demi satu bahagian mesin basuh gua. Masa tu ada juga gua rasa takut kalau terlupa macam mana nak pasang balik.

Selesai buka semua bahagian, gua perasan ada besi macam dawai tersangkut celah-celah mesin basuh gua. Gua suspek besi ini yang buat mesin basuh gua bunyi bising. Gua keluarkan besi tu dan pasang balik mesin basuh gua. Terus gua ON mesin basuh gua test basuh baju satu round. Memang betul. Mesin basuh gua rilek saja basuh baju tak ada bunyi bising lagi.

Cilaka lu Din. Banyaklah gear box rosak lu. Hishh..kecik besar kecik besar saja gua bayangkan lu dalam kepala gua ini. 

Monday, 16 April 2012

Instagram

Gua sekarang dah ada akaun Instagram. Jadi kalau lu orang ada telefon canggih boleh la install Instagram dan cari user nama 2lang. Kalau jumpa, memang akaun gua la tu. Lu follow terus. Tapi kalau lu harap nak tengok gua post gambar-gambar buat muka cute macam muka itik, tak payah la lu follow gua. Lagi satu kalau telefon lu setakat boleh main game ular saja pun tak payah la susah-susah nak follow gua.

Yang ini gambar pertama gua post dekat Instagram gua. Sebenarnya gua post gambar ini sebab nak mengutuk member gua secara terang-terangan.


Friday, 13 April 2012

Karaoke

Gua baru balik karaoke di Wangsa Walk. Boleh tahan kering juga tekak gua sekarang. Mana taknya, gua tarik lagu Wings satu tadi. Memang ke laut terus. Tapi gua rasa bukan salah gua nyanyi, mikrofon yang salah sebenarnya. Hehehe...

Friday, 6 April 2012

Jiwang

Lagu ini lagu jiwang nombor satu gua. Lagu Cinta Muka Buku tak masuk senarai.

Wednesday, 4 April 2012

Din Repair

Kelmarin gua ada telefon satu mamat sebab nak suruh dia repair mesin basuh gua. Sebenarnya sudah hampir sebulan mesin basuh gua rosak. Tapi baru pagi kelmarin gua dapat telefon pomen mesin basuh. Ya lah, mesin basuh rosak mestilah telefon pomen mesin basuh, takkan gua nak telefon bomoh hujan pula. Apa kejadahnya?

Nama mamat tu Din. Dalam telefon, gua simpan nombor telefon dia guna nama Din Repair. Masa gua telefon Din, gua bagitau siap-siap apa masalah mesin basuh gua. Gua cakap mesin basuh gua bunyi bising gila. Din janji nak datang belah malamnya. Dalam otak gua, gua membayangkan seorang pomen mesin basuh dan peti ais mestilah seorang yang berbadan tegap. Sebabnya bukan ringan-ringan budak benda-benda itu semua. Boleh putus urat nak mengangkat.

Tapi sangkaan gua meleset sebaik gua buka pintu masa Din sampai. Din taklah setegap mana. Rambut pula dah jarang-jarang walaupun muda lagi. Gua suspek Din ni banyak sangat makan Mamee. Dah lah tu, pakai tshirt kaler pink.

Din terus meluru ke mesin basuh gua. Terus buat kerja dia. Lebih kurang setengah jam kemudian, Din panggil gua. Dah siap katanya. Gua angguk. Gua ON mesin gua. Gua nak test satu round.
Kronnggggg...krrroonngggg....krroonnggggg!!!
"Apa cerita ni Din? Apasal mesin gua bunyi kuat lagi ni?", gua tanya Din.
"Hehehe..kalau bunyi macam ni gear box dia rosak ni bang. Kalau nak repair mahal ni. Baik abang beli baru. Saya ingat tadi syiling yang tersangkut. Hehehehe...."
Cilaka lu Din.