Tuesday, 31 January 2012

Awan Nano Tino II

Gua dah agak dah Herman Tino tak mati lagi. Dia tertumpah sirap je kat baju dia.

Saturday, 21 January 2012

Cita-cita

Zaman sekolah dulu cikgu selalu tanya apa cita-cita gua. Apa gua nak jadi bila besar? Gua yakin bukan cikgu gua saja. Cikgu-cikgu lu orang pun mesti pernah tanya pasal cita-cita lu orang. Gua tak tau lah sama ada memang ditetapkan dalam garis panduan KBSR dan KBSM masa tu yang mewajibkan cikgu kena tanya pasal cita-cita pelajar. Atau pun cikgu saja-saja tanya sebab nak hilangkan bosan masa mengajar.

Bagi gua, setiap kali cikgu tanya pasal cita-cita, jawapan gua biasanya antara arkitek atau pun jurutera. Ada sekali saja yang gua jawab nak jadi saintis. Itu pun entah mana datang suara halus bisik dekat gua suruh jawab saintis. Kawan-kawan gua yang lain pula ada yang jawab nak jadi cikgu, doktor, usahawan atau pun paling rare nak jadi pegawai polis.

Tapi zaman dah berubah. Cita-cita budak-budak sekolah sekarang tak sama macam budak-budak sekolah dulu. Macam adik kita yang seorang ini, cita-cita dia nak jadi Youtube sensation. Semangat betul dia dengan cita-cita dia. Abang harap bila adik dah jadi Youtube sensation nanti jangan lupa mak bapak ya!


Thursday, 19 January 2012

Belajar

Petang tadi gua telefon seorang member lama gua. Sebenarnya gua janji nak telefon dia tahun lepas. Tapi disebabkan gua banyak layan benda-benda Jilaka, maka baru petang tadi gua dapat telefon dia.

Member gua ini memang power. Hobi dia belajar, tak macam hobi gua, mengumpat. Dari masuk tadika dia belajar. Sambung ke sekolah belajar lagi. Lepas tu masuk pula maktab dan sambung lagi belajar ke universiti sampai sekarang dah 10 tahun lebih dekat universiti. Tak macam gua. Tadika gua tak pergi, masuk sekolah rendah gua mula mengumpat sambung ke sekolah menengah lagi hebat mengumpat. Masuk universiti pula gua lebih suka mengumpat di rumah sewa dari terlibat dengan politik kampus.

Masa berborak dengan member gua tadi, dia ada cakap suruh gua selalu update blog gua. Dia cakap bila dia baca blog gua boleh hilangkan stress dia belajar. Tak sangka betul gua blog gua boleh tolong orang dapat PhD. Heheheh...