Monday, 28 June 2010

Interview

Petang tadi aku ada interview kerja, dari pukul 2 sampai pukul 4. Dekat-dekat pukul 2 aku terus gerak ke tempat interview. Saja aku tak nak lunch, takut pula nanti kot rasa nak terberak masa interview. Terjejas kredibiliti aku nanti.Heh heh heh..

***

Sampai kat tempat interview, aku kena jawab ujian bertulis.

***

Cilaka, macam haram susah dia. Macam aku ni nak apply jawatan PM pula. Sia-sia aku tahan lapar!

Saturday, 26 June 2010

Jumaat, Perang & Lelaki yang tak berapa lelaki

Jumaat, 25 Jun

Hari Jumaat biasanya hari yang happy dan tenang. Bangun pagi ni, kepala aku rasa ringan saja..tak macam bangun pagi Isnin. Telinga ada lagi ngiang-ngiang bunyi vuvuzela..bunyi macam jemaah tebuan tawaf sarang, lagi tambah mood happy.

Dalam perjalanan pergi ofis hati berbunga saja. Driving pun sambil humming lagu The Cure, Friday I'm in love. Datang ofis hari Jumaat ni macam ambil syarat saja. Mood memang sudah lebih ke weekend.

Ofis, bila Jumaat sama ambil mood happy. Masing-masing muka takde yang ketat. Dua, tiga mamat termasuk aku pakai baju melayu. Kalau ada lemang sama nasi impit atas meja, memang dah macam raya haji feeling dia.

Tapi, Jumaat hari ni lain sikit, tak macam Jumaat biasa-biasa. Jumaat hari ni ada perang dah meletup. Perang antara askar-askar baik termasuk aku melawan seorang lelaki yang tak berapa nak lelaki, yang perasan cantik tapi memang tak cantik, juga bersikap kurang ajar macam dia lahir turun dari langit.

Perang ni perang di wall Facebook saja, tapi seronok juga sesekali ada Chaos Friday ni.
Rasa nak riot pon ada!!

Monday, 21 June 2010

Azam

Start hari ni, lebih kurang 5 minit yang lepas, aku dah pasang azam mau lagi selalu update blog ni. Apa barang blog dah 2 tahun baru ada satu post saja. Itu pon ada satu perkataan saja. Bandi Amuk dulu pun zaman dia tengah hip boleh keluar satu album setahun!