Dulu, masa gua sekolah rendah, paling kurang akan ada sekali gua tulis surat atau kad dalam setahun. Setiap kali dekat nak raya, bapak gua akan belikan satu pek kad raya yang dalam dia ada 10 keping kad. Gua akan tulis kad-kad itu untuk arwah atuk gua, pakcik-pakcik dan makcik-makcik gua dan juga untuk abang gua yang masa itu tengah belajar di UUM. Selesai gua tulis, bapak gua akan bawa kad-kad itu masa dia keluar kerja untuk dipos.
Bila gua dah masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama, ada juga gua hantar kad raya untuk mak dan bapak gua. Ada juga sekali dua gua tulis surat untuk kawan sekolah rendah gua dulu. Kawan perempuan saja. Kawan lelaki jangan haraplah nak dapat surat dari gua. Kebiasaannya surat yang gua hantar akan dibalas. Kadang-kadang sebelum surat sampai ke tangan gua, warden dah buka dan baca dulu. Ikut nasiblah.
Masa zaman universiti pula, buat pertama kali gua tulis surat hantar ke oversea. Surat yang ini pun dibalas. Dapatlah gua tengok rupa setem negara lain. Gua pun dah ada email masa ini. Gua dah tak payah susah-susah nak beli kertas kajang, pen dengan setem untuk hantar surat. Gua pun dah tak perlu nak ingat alamat rumah yang panjang-panjang dengan poskod lagi. Ingat alamat email yang pendek-pendek saja. Itu pun simpan dalam address book email.
Baru-baru ini pula, kerajaan cakap nak buat email 1Malaysia. Bajet sampai RM 50 juta. Kononnya nak bagi email percuma untuk rakyat. Supaya nanti senang rakyat-rakyat boleh join Facebook, Twitter tak pun Friendster. Apa? Dia ingat makcik-makcik kat kampung sana nak sangat follow twitter Justin Bieber? Memang bingai! Daripada bagi email percuma, baiklah bagi internet percuma dulu ke kampung-kampung yang jauh-jauh tu.
Tolonglah, jangan bingai sangat!
tapi depa ckap bukan pakai duit rakyat pon. Ada company2 nak spons... sort of... so ape ade hal???
ReplyDeleteBetul..memang depa cakap camtu..gua pun tak cakap bajet guna duit sapa. tapi gua rasa kalau pun ada company yang nak sponsor sepatutnya gomen boleh suggest projek lain yang lagi byk faedah. email ni tak menyeluruh pun manfaat dia. kalau ada email tak ada internet pun tak guna jugak
ReplyDeleteBaik duit tuh gune utk tulun org2 yg susah n fakir..ade gak pekdah...
ReplyDeleteaku stuju..ramai lg org susah nak mkn pon x menentu kat luar sane..baik la duit tu gune utk tlg diorang..
ReplyDeleteTu la pasal..tapi orang tak setuju pun diorang terus je
ReplyDelete