Part I lu baca SINI.
"Salamelekom...salamelekom!!", teriak Pak Romario di depan sebuah pondok di hujung kampung.
"Ni kalau tiga kali bagi salam tak jawab juga kita kena balik ni encik. Hehe..", kata Pak Romario cuba berjenaka dengan pegawai tentera.
Memang tak kelakar. Sikit pun pegawai tentera tak rasa kelakar. Rasa nak ditamparnya Pak Romario. Askar pengiringnya pun sama. Sudahnya Pak Romario tersengih-sengih seorang diri seperti kerang busuk.
Tiba-tiba pintu pondok dibuka. Di hadapan mereka berempat, berdiri seorang lelaki berbadan tegap yang hanya bersinglet dan berseluar celoreng. Dengan lengan yang berketul-ketul, dada yang bidang dan perut berpetak enam, memang badan-badan beginilah yang sering menjadi kegilaan gadis-gadis dan mak-mak datin. Pak Romario mengeluarkan semula gambar yang diberi oleh pegawai tentera tadi. Memang sah! Lelaki ini lelaki yang sama seperti dalam gambar tersebut. John Rambo!
Bersambung...
"Rambo, aku nak kau ikut kami balik. Ada kerja untuk kau."
"... ... ..."
"Misi kali ni penting. Askar yang betul-betul power macam kau je boleh buat. Askar-askar biasa tak boleh. Oi Rambo, kau dengar tak ni? Haa..dengar ke tak Rambo?"
"Aku dengar la. Yang kau ni main nama bapak ni apahal? Nama aku John. Rambo tu nama bapak aku"
"Ye la..ye la..aku mintak maaf. Tak habis-habis panas baran kau ni. Camana pun kau kena balik ikut kami. Kau mesti join misi kali ni. Penting ni. Tak naik pangkat aku kalau misi ni gagal."Jim, pegawai tentera berpangkat sarjan itu seolah-olah mendesak John Rambo. Jim menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sebatang rokok Surya. Terus dinyalakannya. Asap naik berkepul-kepul.
"Aku tak nak. Aku dah tak buat kerja-kerja tu lagi. Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Aku dah ada kerja tetap di ladang jagung Pak Andre kat hujung kampung sana. Medical cover, ada SOCSO, siap ada pencen lagi.", jawab John Rambo tegas.Jim menghisap rokok Suryanya dalam-dalam. Dibiarkan asap rokoknya terkumpul dalam rongga mulutnya. Kemudian dihembuskannya semula keluar membentuk asap rokoknya menjadi gelung-gelung dan menyerupai objek seakan-akan kapal layar. Jim tersengih kecil. Dalam hatinya sedikit riak merasakan dirinya seperti Gandalf. Jim kembali membuka mulut.
"Aku faham semua tu. Aku tau kau memang suka kerja di ladang tu. Dalam borang interview askar dulu pun memang kau tulis cita-cita kau nak jadi peladang jaya. Aku baca semua tu, jangan ingat aku tak tau. Lagi pun kau sebenarnya dah jatuh hati dengan anak dara Pak Andre tu kan? Itu yang sebenarnya. Gatal tak berubah-ubah dari dulu."John Rambo mediamkan diri. Pandangannya jauh keluar dari tingkap pondoknya menembusi ladang jagung Pak Andre. Memang hatinya berat untuk meninggalkan Kampung Santarem lebih-lebih lagi mahu meninggalkan Milah anak Pak Andre. Tapi kesungguhan yang ditunjukkan Sarjan Jim sedikit sebanyak menggoncang hatinya untuk kembali berkhidmat bersama Sarjan Jim.
"Baiklah. Aku setuju ikut kau. Tapi dengan satu syarat.", kata John Rambo, pendek.
"Apa syaratnya?"
Bersambung...