Gua konvo tahun 2004 dulu. Gua tak ingat hari apa dan bulan apa. Yang gua ingat konvo gua sesi petang. Hari itu, dari pagi lagi mak gua dah riuh-riuh ingatkan gua supaya tak tertinggal apa-apa yang perlu untuk konvo. Ya lah, kalau tertinggal topi konvo pun susah juga. Takkan gua nak ganti pakai ketayap pula. Tak kena langsung dengan wibawa gua sebagai graduan.
Selesai makan tengahari, gua dan family gua terus bergerak ke universiti. Abang gua memandu kereta. Gua duduk di tempat duduk belakang. Sesekali gua tersenyum sendiri. Gua gembira sungguh hari itu. Mana taknya, lepas ini gua dah tak payah susah-susah masuk kuliah. Dah tak payah berjaga baca buku bila nak periksa. Dan paling penting dah tak payah pening-pening pikir alasan bila kantoi ponteng kelas.
Masuk saja perkarangan universiti, abang gua terus memandu tuju ke parking yang telah ditetapkan. Dapat parking bawah pokok besar. Baru redup sikit. Masing-masing keluar dari kereta. Mak dengan bapak gua terus melangkah ke dewan. Abang gua dengan kakak ipar gua, dan adik-adik gua bersepah ke arah kawasan gerai konvo. Gua pula terus tuju ke kawan-kawan gua. Kitorang berborak sakan. Lama juga tak jumpa lepas habis exam dulu.
Tiba-tiba bahu gua ditepuk. Gua pusing ke belakang. Seorang awek berdiri depan gua.
Tiba-tiba gua perasan Nin semakin muram. Gua tahu ada yang tak kena. Gua faham sangat dengan muka Nin yang macam ini.
Tiba-tiba bahu gua ditepuk. Gua pusing ke belakang. Seorang awek berdiri depan gua.
"Hai", Nin menyapa gua sambil memberikan senyuman. Senyuman yang sangat manis. Senyuman yang telah membuatkan gua jatuh cinta berkali-kali dengan Nin.Gua membalas sapaan Nin. Nin merapat ke arah gua. Dibetulkannya jubah konvo gua yang sedikit senget. Bahu gua ditepuk-tepuk membuang habuk-habuk pada jubah gua. Kemudian Nin meletakkan topi konvo di kepala gua. Perlahan-lahan supaya betul-betul cantik di kepala gua.
Tiba-tiba gua perasan Nin semakin muram. Gua tahu ada yang tak kena. Gua faham sangat dengan muka Nin yang macam ini.
"Sekarang abang dah berjaya. Tak lama lagi abang akan kerja elok, gaji besar, mampu beli rumah dan kereta besar. Tapi, Nin masih macam dulu, tak berubah. Nin cuma mampu tolong emak menjual kuih di kampung. Nin takut kalau nanti jurang perbezaan antara kita akan menyebabkan abang berubah hati", luah hati Nin.Gua terdiam. Gua memang tak pernah fikir soal-soal darjat ini walaupun gua pernah tengok filem Ibu Mertuaku.
"Nin, abang....", tak sempat gua habiskan ayat bila tiba-tiba bahu gua ditepuk lagi. Gua pusing ke belakang.
"Aterr, mike pikior mike sorang je nak konvo? Teman pun konvo juge"
Cilaka! Sebenarnya gua pergi ke konvo adik ipar gua di Ipoh Sabtu lepas. Itu yang gua teringat pasal gua konvo dulu. Cuma bahagian Nin tu gua reka saja. Tapi seladang ambil diploma ini memang gua tak tipu. Memang ada masa konvo adik ipar gua hari itu.