Wednesday, 22 June 2011

Bagaimana menukar Mamee menjadi smartphone

Buat masa sekarang, ini talipon idaman gua. Sebut betul-betul - talipon. Ejaan pun kena betul, kena sama macam mengeja nama Restoran Talipon yang ada dekat Cheras sana. Sebut pasal Restoran Talipon, gua sendiri tak pernah lagi makan di restoran tu sebab gua rasa restoran tu memang tak pernah apply sijil halal dari Jakim.

Tapi, bukan pasal Restoran Talipon yang gua nak cerita dekat sini. Gua nak cerita pasal talipon impian gua - Sony Ericsson Xperia Play. Gua memang teruja betul dengan Xperia Play ini. Inilah satu-satunya smartphone yang Playstation certified. Dalam keadaan default, talipon ni macam smartphone yang lain. Tapi bila lu slide open baru keluar dia punya controller ala-ala PSP.

Kalau ada talipon ini baru gua boleh poyo update status FB gua dengan status-status menganjing macam - 'Baru lepas makan makan roti canai. Yummmyyyy sangat', tak pun - 'Aq malas dowh nak jd stud ag'. Bila gua bosan pula, gua slide talipon gua terus main game. Game canggih-canggih. Tetris gua tak layan. Dah tak zaman dah.

Tapi, masalah gua sekarang gua tak ada duit lagi nak beli talipon ini. Gua terpaksa buat cost cutting. Kalau biasa, tiap-tiap hari dekat ofis gua beli Mamee dua bungkus, tapi sekarang gua cuma beli satu saja. Bajet beli Mamee lagi sebungkus gua masuk tabung. Tabung talipon!

Sunday, 19 June 2011

Kerja

Esok dah hari Isnin. Sekejap betul kalau weekend. Kerja gua yang patut hantar esok pun tak sempat siap lagi. Tapi gua tak risau. Gua tau macam mana nak handle bos gua.

Thursday, 16 June 2011

Mari Menari

Masa gua sekolah rendah dulu, gua memang star. Kalau tak star pun paling kurang gua perasan gua star. Mana taknya, masa tu hampir semua pertandingan atau persembahan gua terlibat. Bukannya gua suka-suka nak terlibat, tapi cikgu yang pilih gua.

Dari pertandingan mengeja, pertandingan melukis, lawan bola sekolah-sekolah, lumba lari semuanya gua masuk. Pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi pun gua masuk. Mungkin masa tu ustaz gua nampak ciri-ciri Imam Muda dalam diri gua. 

Gua juga selalu terpilih untuk buat persembahan bila ada event macam sambutan hari guru ataupun hari penyampaian hadiah sekolah gua. Dan, dalam banyak-banyak persembahan yang gua pernah terlibat, satu yang gua paling ingat adalah persembahan tarian. Kalau ikutkan jiwa rock jalan terus gua memang gua tak nak join. Tapi dah cikgu pilih gua. Nak tolak nanti tak hormat cikgu pula.

Kalau tak silap gua, masa tu gua dan kawan-kawan gua disuruh menari tarian Portugis. Kitorang dibahagikan kepada pasangan-pasangan lelaki perempuan. Ya lah, kalau pasangan lelaki sama lelaki tu dah macam Anu Dalam Botol pula. 

Gua dipasangkan dengan seorang classmate gua. Cute orangnya. Pernah juga gua menyimpan niat nak mengurat dia masa tu tapi sampai ke sudah tak pernah try pun. Bila dah habis sekolah, masing-masing ikut haluan lain-lain, terus gua lost contact dengan dia.

Tapi, baru-baru ini gua  jumpa balik member gua ni di FB. Sebenarnya dah lama juga gua friend dengan dia, tapi gua baru perasan. Sebab dekat FB dia guna nickname, tak guna nama betul. Memang betul sangkaan gua. Bila besar dia jadi lawa. Nasib baik juga gua tak mengurat dia dulu. Kalau tak mungkin sekarang gua dengan dia dah register masuk Mari Menari.