Thursday, 7 April 2011

Video paling hot


Siapa-siapa yang tak tahu video apa yang paling hot minggu ini, gua nasihatkan bungkus pakaian masing-masing dan berhijrah duduk di mana-mana gua yang available. Gua dah tengok video ini di Youtube. Gua tak ada nak komen apa-apa. Nak kata iya pun tidak, nak kata bukan pun tidak.

Gua cuma harap semua yang terlibat dengan video ini pernah dengar lagu Hukum Karma. Baru masing-masing tahu 'mulia dibalas syurga, dosa 'kan sengsara'. Dan gua juga harap mereka-mereka ini masa sekolah asrama dulu pernah baca komik Alam Perwira. Baru masing-masing sedar 'jangan sampai keranda diusung, baru bercucuran airmata'.

Tuesday, 5 April 2011

Awan Nano Tino


Buat masa sekarang, gua memang tengah high layan video ini. Ada dua sebab gua suka layan video ini, satunya gua rasa lagu dia boleh tahan, lirik pun ada mesej tak macam lagu Justin Bieber. Satu lagi, sebab Herman Tino. 

Sebab apa Herman Tino? Sebabnya Herman Tino cool gila beb...Gua pernah duduk semeja dengan dia dulu, sekali. Bukanlah gua saja-saja ajak Herman Tino lepak minum dengan gua, tapi kebetulan saja. Kalau gua saja-saja ajak mungkin dia wakilkan kain pelikat dia saja datang lepak dengan gua. Apa gila gua nak bersembang dengan kain pelikat dia.

Gua ingat lagi masa itu gua pergi makan di kedai Herman Tino. Ya..Herman Tino ada bisnes kedai makan di Kota Damansara. Kalau tak silap gua nama kedai dia Delima. Gua datang berdua dengan seorang minah bekas officemate gua. Masa nak duduk gua dah perasan Herman Tino termundar-mandir ke depan ke belakang buat-buat sibuk. Walhal masa itu ada tiga meja saja yang ada customer. 

Nak dijadikan cerita, selesai gua dengan member gua makan, hujan turun. Lebat tak agak-agak. Nak pergi ke kereta pun tak lepas. Terpaksalah gua dengan member gua terus duduk di kerusi masing-masing. Herman Tino pula gua perhatikan dah tak ada kerja nak buat. 

Tiba-tiba, Herman Tino melangkah ke meja gua. Dengan muka selamba dia tarik kerusi dan terus duduk. Gua terkejut tapi buat-buat selamba. Sesekali gua jeling rambut dia sambil cuba teka syampu apa yang dia guna. Herman Tino tanya nama gua. Gua jawab. Tau saja nama gua, dia mula bercerita. Macam-macam cerita. Yang gua dengan member gua sebab nak menjaga hati dengar sajalah. Sebab nak jaga hati jugalah gua terpanggil dia abang. Sepatutnya gua panggil dia pakcik Herman saja.

Puas berborak tiba-tiba gua tanya dia,
"Abang taknak buat album lagi?"
Herman Tino jeling gua. Gua jadi saspen. Gua dah terbayang gua kena lempang macam dalam video klip ini.
"Lang, jangan kurang ajar Lang!", Paannnngggggg!!!!!!
 Herman Tino jawab,
"Ahh..kalau aku buat album pun bukan kau nak beli. Tanya saja lebih"

Monday, 28 March 2011

Malas

Gua sekarang mengalami sindrom malas tahap tujuh petala langit. Satu benda pun gua takde power nak buat.

Wednesday, 9 March 2011

Trivia

Tahukah anda, lama sebelum J.Lo (Jennifer Lopez) dipilih menjadi juri American Idol, J.O. (Jaafar Onn) telah dipilih berlakon dalam rancangan Jangan Ketawa?

Thursday, 3 March 2011

Halia

Hari ini gua EL. Bangun pagi tadi gua rasa kepala sakit. Gua capai handset tepi bantal, tulis sms hantar ke orang ofis bagitau yang gua tak datang kerja. Mula-mula gua cadang nak sambung tidur sejam dua lagi, tapi sebab perut terasa lapar gua terus bangun.

Gua jalan ke dapur, buka peti ais belah atas tengok apa yang ada.
"Hmm..ada nugget", gua cakap dalam hati.
Gua toleh pula ke belakang. Nampak pula pisang yang gua beli dari pasar tani lepas sembahyang Jumaat minggu lepas.
"Hmm..apa barang goreng nugget. Senang sangat, tak ada cabaran", kata hati gua dengan angkuh.
Gua terus google 'cara goreng pisang'. Dapat. Berlambak-lambak results 'cara goreng pisang'. Moden betul suri rumah sekarang ya tak?. Gua klik satu result dan baca lebih kurang.
"Ahh..senang rupanya goreng pisang", kata hati gua. Angkuh lagi.
Gua ke dapur balik memulakan misi menggoreng pisang. Gua bagi codename 'The Rebellious Banana' untuk misi gua kali ini. Ada codename baru semangat sikit macam cerita-cerita perang omputeh. Selang 20 minit misi gua berjaya. Bangga gua, hampir-hampir menitis air mata kegembiraan.

Memang kejayaan misi gua yang ini membakar semangat gua untuk masak makan tengahari pula. Gua google balik. Kali ini niat gua nak cari resipi untuk lauk tengahari. Gua jumpa satu resipi. Memang berkenan betul gua dengan resipi ini. Gua baca bahan-bahan dia. Kena ada halia. Cilaka, gua selalu konpius halia dengan lengkuas.

Gua google pula keyword 'halia'. Gua klik dekat bahagian images. Aihh..apa cerita? Gambar halianya ada satu saja. Yang lainnya semua gambar pornstar nama Halia Hill.
"Hmm...halia yang seksi", kata hati gua. Bukan angkuh tapi gatal.
Ini bukan halia yang seksi

Monday, 21 February 2011

Sibuk

Gua sibuk betul kebelakangan ini. Bukan sikit-sikit punya sibuk. Jadi, aktiviti blog gua terhad buat sementara waktu.

Thursday, 3 February 2011

Blues di pagi raya cina

Pagi-pagi raya cina ini, teringat pula gua dekat Chow Sing-Chi @ Stephen Chow. Dulu biasanya bila raya cina mamat ini mesti ada keluar filem baru. Tapi sekarang lama betul dah tak ada. Kurang ceria raya cina gua.

Wednesday, 2 February 2011