Petang sabtu yang lepas gua tengok wayang cerita Khurafat. Alaa..cerita hantu yang anak Yusof Haslam direct tu. Gua tengok berempat dengan abang gua,adik gua dan sepupu gua seorang di GSC Terminal One, Seremban.
Sebenanya gua tak ada plan langsung nak tengok cerita Khurafat ini, tak macam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dulu. Yang itu memang gua plan dari awal. Keluar saja Kak Limah dekat wayang terus gua pergi tengok. Khurafat ini gua tengok pun sebab adik gua beriya promote, katanya seram dari awal cerita sampailah ke tulis-tulis nama pelakon bila cerita dah habis tu. Tapi gua sendiri tak pasti apa yang dia cakap tu memang dia betul-betul maksudkan atau pun tokey wayang yang upah dia suruh cakap macam itu.
Cerita Khurafat ini lebih kurang macam ini:
Si Syamsul Yusof kerja di hospital kerajaan, handle hal ehwal bilik mayat. Hospital mana gua tak pasti. Tapi gua syak hospital itu dah lama tak bayar bil api. Sebab sepanjang cerita hospital itu gelap saja. Bilik mayat gelap, wad gelap, pejabat si Syamsul ini pun gelap.
Syamsul baru berkahwin dengan Liyana Jasmay. Aizat memang tak nampak muka langsung masa kenduri diorang. Frust gamaknya. Si Sabrina Ali pula ex-girlfriend Syamsul, pun sama frust bila Syamsul dumped dia lepas tu kahwin dengan Liyana Jasmay. Bukan sikit-sikit punya frust. Frust sampai bunuh diri.
Sejak si Sabrina bunuh diri, Syamsul selalu kena kacau hantu. Dekat bilik mayat kena kacau, dekat wad kena kacau, balik rumah kena kacau, dalam kereta jenazah kena kacau, sampaikan makcik cleaner misteri pun kacau dia. Yang si Syamsul dengan member dia mamat Kedah driver hospital itu pun satu hal, tengah-tengah malam baru nak hantar jenazah. Apa jadah tak hantar masa tengahari tegak saja? Taklah kena kacau hantu.
Dah hujung-hujung cerita barulah cerita sebenarnya keluar. Barulah tahu sapa elok sapa tak, kenapa si Syamsul selalu kena kacau, siapa makcik cleaner misteri, kenapa makcik cleaner misteri selalu bagi kuih dekat Syamsul.Segala-galanyalah.
Kesimpulan gua, gua rasa hantu dalam cerita Khurafat ini gila glamer sangat. Sikit-sikit nak keluar, sikit-sikit nak keluar. Keluar nak tunjuk muka saja, tak adanya nak keluar setakat bayang-bayang ke silhouette ke.Banyak sangat keluar pon tak saspen juga ya tak?
Johan memang kelakar. Terserempak Kak Limah malam-malam dekat kubur pun nak tegur lagi.
"Kak Limah oiii..tak nak tumpang balik ke?"
tak true ah khurafat
ReplyDeletememang tak true sangat
ReplyDelete