Sejak Din Repair datang rumah gua tempoh hari, gua sentiasa rasa semacam tak puas hati bila teringat Din Repair cakap yang mesin basuh gua dah rosak teruk dan perlu diganti. Lagi tak puas hati bila teringat cara dia repair mesin basuh gua. Main melutu-lutu tukar barang tak reti nak check dulu.
Jadi disebabkan tak puas hati, Ahad lepas gua nekad nak check sendiri mesin basuh gua. Berbekalkan otak yang kosong, sebatang screw driver dan bantuan isteri gua, gua mula buka satu demi satu bahagian mesin basuh gua. Masa tu ada juga gua rasa takut kalau terlupa macam mana nak pasang balik.
Selesai buka semua bahagian, gua perasan ada besi macam dawai tersangkut celah-celah mesin basuh gua. Gua suspek besi ini yang buat mesin basuh gua bunyi bising. Gua keluarkan besi tu dan pasang balik mesin basuh gua. Terus gua ON mesin basuh gua test basuh baju satu round. Memang betul. Mesin basuh gua rilek saja basuh baju tak ada bunyi bising lagi.
Cilaka lu Din. Banyaklah gear box rosak lu. Hishh..kecik besar kecik besar saja gua bayangkan lu dalam kepala gua ini.
wahahahahaha
ReplyDeletemmg multitasking org keje RND ni la. hebat3. lepas ni boleh la calling3 kalau mesin basuh rumah sy bunyi kroongg krongg krong :p
Memang..saya sekarang buat part time repair mesin basuh. Hahaha
ReplyDeleteNgeri la...
ReplyDeleteKomen ngeri ni gua tak paham. Hehe
Deletehahah..terer siott..besela org kene RND..sume terer..lg2 dak alamshah..hidup alamshah..hahah
ReplyDeleteGua macam tau je sapa anonymous ni. Pelajar maktab ni
Deletehahhaha..susah aa nak kutuk2 klu ko bleh bajet org sape..hehe
DeleteKalau komen yang bernas2 ni memang budak maktab je boleh buat
Delete