Friday, 6 June 2014

Selamat hari lahir, Mudriq!


Ini entri untuk Mudriq. 5 Jun 2013, Mudriq telah selamat dilahirkan. Gambar ini kali pertama ayah bertentang mata dengan Mudriq. Perasaan ayah masa itu hanya tuhan yang tahu. Untuk beberapa minit kita ditinggalkan berdua dalam bilik, sebelum Mudriq dibawa ke nurseri, ayah cuma pandang muka Mudriq sambil memikirkan bermacam-macam benda.

Ayah tahu yang hidup ayah tak akan sama seperti hari-hari yang lepas, tapi ayah yakin yang ia akan berubah menjadi lebih baik. Dan hari ini, genap setahun umur Mudriq, ketahuilah yang ayah sangat-sangat gembira dengan kehadiran Mudriq. Bagi ayah, Mudriq adalah perkara yang terbaik pernah terjadi dalam hidup ayah.

Jadi buat Arman Mudriq, selamat menyambut hari lahir. Semoga engkau menjadi anak yang soleh, dikurniakan kesihatan yang sempurna dan sentiasa dilimpahi kebaikan-kebaikan kurniaan tuhan.

Ayah sayang Mudriq.

Thursday, 29 May 2014

Kena ni..kena

Gua kena update juga blog ni. Apa cerita ni dah tengah tahun tak ada tulis apa.

Wednesday, 13 November 2013

Rambo Returns ( Kepulangan Rambo ) : Part II

Part I lu baca SINI.
"Salamelekom...salamelekom!!", teriak Pak Romario di depan sebuah pondok di hujung kampung.
"Ni kalau tiga kali bagi salam tak jawab juga kita kena balik ni encik. Hehe..", kata Pak Romario cuba berjenaka dengan pegawai tentera.
Memang tak kelakar. Sikit pun pegawai tentera tak rasa kelakar. Rasa nak ditamparnya Pak Romario. Askar pengiringnya pun sama. Sudahnya Pak Romario tersengih-sengih seorang diri seperti kerang busuk.

Tiba-tiba pintu pondok dibuka. Di hadapan mereka berempat, berdiri seorang lelaki berbadan tegap yang hanya bersinglet dan berseluar celoreng. Dengan lengan yang berketul-ketul, dada yang bidang dan perut berpetak enam, memang badan-badan beginilah yang sering menjadi kegilaan gadis-gadis dan mak-mak datin. Pak Romario mengeluarkan semula gambar yang diberi oleh pegawai tentera tadi. Memang sah! Lelaki ini lelaki yang sama seperti dalam gambar tersebut. John Rambo!
"Rambo, aku nak kau ikut kami balik. Ada kerja untuk kau." 
"... ... ..."
"Misi kali ni penting. Askar yang betul-betul power macam kau je boleh buat. Askar-askar biasa tak boleh. Oi Rambo, kau dengar tak ni? Haa..dengar ke tak Rambo?" 
"Aku dengar la. Yang kau ni main nama bapak ni apahal? Nama aku John. Rambo tu nama bapak aku"
"Ye la..ye la..aku mintak maaf. Tak habis-habis panas baran kau ni. Camana pun kau kena balik ikut kami. Kau mesti join misi kali ni. Penting ni. Tak naik pangkat aku kalau misi ni gagal."
Jim, pegawai tentera berpangkat sarjan itu seolah-olah mendesak John Rambo. Jim menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sebatang rokok Surya. Terus dinyalakannya. Asap naik berkepul-kepul.
"Aku tak nak. Aku dah tak buat kerja-kerja tu lagi. Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Aku dah ada kerja tetap di ladang jagung Pak Andre kat hujung kampung sana. Medical cover, ada SOCSO, siap ada pencen lagi.", jawab John Rambo tegas.
Jim menghisap rokok Suryanya dalam-dalam. Dibiarkan asap rokoknya terkumpul dalam rongga mulutnya. Kemudian dihembuskannya semula keluar membentuk asap rokoknya menjadi gelung-gelung dan menyerupai objek seakan-akan kapal layar. Jim tersengih kecil. Dalam hatinya sedikit riak merasakan dirinya seperti Gandalf. Jim kembali membuka mulut.
"Aku faham semua tu. Aku tau kau memang suka kerja di ladang tu. Dalam borang interview askar dulu pun memang kau tulis cita-cita kau nak jadi peladang jaya. Aku baca semua tu, jangan ingat aku tak tau. Lagi pun kau sebenarnya dah jatuh hati dengan anak dara Pak Andre tu kan? Itu yang sebenarnya. Gatal tak berubah-ubah dari dulu."
John Rambo mediamkan diri. Pandangannya jauh keluar dari tingkap pondoknya menembusi ladang jagung Pak Andre. Memang hatinya berat untuk meninggalkan Kampung Santarem lebih-lebih lagi mahu meninggalkan Milah anak Pak Andre. Tapi kesungguhan yang ditunjukkan Sarjan Jim sedikit sebanyak menggoncang hatinya untuk kembali berkhidmat bersama Sarjan Jim.
"Baiklah. Aku setuju ikut kau. Tapi dengan satu syarat.", kata John Rambo, pendek.
"Apa syaratnya?" 

Bersambung... 
 

Tuesday, 12 November 2013

Mengkomikkan rakan-rakan

Ini hobi terbaru gua. Buat komik pasal kawan-kawan gua. Suka betul gua Bitstrips ni. Macam bercambah-cambah pula idea gua nak bikin dialog. Hahaha


Thursday, 17 October 2013

Berlari ke katang: #3

Jilaka. Malam ni ikut jadual gua kena masuk gym ni. Dah banyak hari juga gua tak masuk ni. Raya Haji hari tu memang gua takde la masuk gym. Apa pula kata orang nanti, orang lain sibuk pergi sembahyang raya dengan potong lembu, gua pula sibuk nak angkat besi dekat gym.

Gua harap malam ni dumbbell dan besi-besi gym tak terlalu kejam dengan gua. Bukan apa, gua memang tak berapa kuat rasanya ni. Banyak sangat melantak nasi impit dengan rendang raya hari tu.

Monday, 7 October 2013

Berlari ke katang: #2

Minggu ni dah masuk dua minggu gua pergi gym. Tapi minggu ni power sikit. Gua masuk gym empat kali. Minggu lepas tiga kali saja. Isnin, Rabu dengan Jumaat gua masuk gym ofis macam biasa. Sabtu pagi gua pergi gym dekat Kementerian Belia dan Sukan dengan kawan gua Bon dan Tony. Tony nama saja gangster tapi senyum manis macam gula. Gym ni sekali masuk RM4. Tapi puas hati sebab barang-barang dia banyak. Luas pun luas tak la gua rasa macam sardin.

Mula minggu ni gua dah lebih banyak main weight. Gua buat squats dengan weight, bench press dan barbell row. Kalau lu orang tak tau apa benda-benda ni semua lu pergi google. Gua malas nak terang lebih-lebih. Selain tu gua juga buat planking

Tapi memang dia punya penat dengan sakit buat benda-benda ni memang cilaka betul. Rasa macam nak gugur misai gua satu-satu. Tapi jangan risau, gua masih lagi cekal. Wuahahaha

Monday, 30 September 2013

Berlari ke katang: #1

Bermula minggu lepas gua dah masuk gym semula. Maksud gua gymnasium, bukan gymrama. Sebenarnya sebelum bulan puasa dulu gua memang masuk gym. Tapi bila bulan puasa gua stop. Gua takut kalau masuk  juga gua terbawa sekali KFC dengan McD pula. Gua masuk gym ofis gua saja. Tak besar mana pun gym ofis gua ni, tapi setakat benda-benda basic tu ada la. Itu pun gua tengok treadmill dah kena lipat sebab rosak. Gua pun tak tahulah mana punya Usain Bolt lari laju sangat atas treadmill tu sampai jahanam.

Gym ofis gua ni dibuka tiga hari untuk lelaki - Isnin, Rabu dan Jumaat. Baki dua hari lagi untuk perempuan. Tapi biasanya bila hari untuk perempuan, gelap saja gym ni. Tak ada orang masuk pun. Mungkin sebab masing-masing lebih percaya pada ubat kurus. 

Untuk peringkat awal-awal ni gua cuma buat workout yang ringan-ringan saja. Iyalah, gua pun taknak la balun beriya sangat. Nanti cepat sangat pula badan gua katang. Gua tak ready lagi. Spenda bodybuilder nak buat masuk pertandingan pun gua tak beli lagi. Gua cuma kayuh basikal, squat, lunges dan main besi kaki saja. Gua banyak fokus nak kuatkan otot lutut dan peha memandangkan gua baru operate lutut hujung tahun lepas.

Kali ini gua harap gua akan lebih serius pasal hal-hal gym ni. Target gua nak bagi turun berat badan dan menjadi lebih katang. Gua harap gua akan lebih konsisten dengan usaha gua. Gua akan sambung lagi cerita pasal hal gym ni lain kali. Tapi kalau tak bersambung tu maknanya memang sah la gua hangat-hangat tahi ayam. Memang jilaka.

Friday, 27 September 2013

Benda seni

Gua rasa tahap tepu otak gua sekarang memang power betul. Satu apa idea tak ada gua nak menulis dekat blog ni. Nak tulis pasal harga petrol, harga gula naik gua malas. Ramai dah orang lain tulis pasal tu. Kalau gua tulis pun bukan dapat apa. Mendatangkan marah je nanti. Nak sambung cerita Rambo yang gua tulis hari tu lagi gua tepu. Dah lupa dah hujung pangkal dia camana.

Gua harap idea gua nanti akan datang balik. Rasanya benda-benda seni dalam diri gua dah makin hilang. Gua tak nak macam tu. Sekarang pun harap tulis-tulis kat blog ni saja la. Dulu gua selalu melukis. Tapi sekarang melukis lama betul dah gua tak buat. Nak pegang berus cina pun gua dah lupa cara dia.

Benda-benda seni ni la yang buat rasa hidup sikit, tak rasa macam robot.