Tuesday, 20 December 2011

Mengambil keputusan PMR

Lebih kurang 15 tahun yang lepas, di satu pagi yang biasa-biasa, gua telah bergerak menaiki bas dari Port Dickson menuju ke Seremban. Tujuan gua nak pergi ke sekolah gua di KL untuk ambil keputusan PMR. Sampai stesen bas Seremban, gua naik pula bas ekspres SKS menuju ke KL. Masa tu tiket bas Seremban ke KL tak sampai empat ringgit rasanya.

Sepanjang perjalanan gua rasa biasa-biasa saja. Gua tak pikir sangat pasal result yang gua bakal dapat nanti. Sampai Puduraya gua tukar bas lagi menuju ke sekolah gua. Bas ni memang betul-betul berhenti depan sekolah gua.

Turun bas gua terus menapak menuju ke pejabat sekolah. Lalu depan pondok guard, pakcik guard tegur gua. Gua angkat tangan sambil jawab lebih kurang. Gua teruskan menapak. Sampai depan pejabat, gua nampak member-member gua yang sampai lebih awal tengah berborak sesama sendiri. Ada juga yang tegur gua. Gua jawab biasa-biasa saja.

Gua terus masuk pejabat. Kak Ton, kerani paling senior kat pejabat tu tersengih-sengih menyambut gua kat kaunter.  Kak Ton memang kenal nama semua budak-budak sekolah gua. Dari tingkatan satu sampailah tingkatan lima. Terus Kak Ton hulur slip keputusan PMR gua. Gua tengok. Gua rasa biasa-biasa saja.

Sebaik gua keluar dari pejabat, tiba-tiba datang satu mamat reporter suratkhabar nak interview gua. Yang ini bukan biasa-biasa!

p/s: Gua harap adik-adik yang ambil result PMR esok akan buat biasa-biasa saja. Kalau nak buat-buat cuak pun dah lambat dah.


Monday, 19 December 2011

Memasak memang power

Semangat nak memasak gua sekarang ni memang tengah membuak-buak. Bukan sebab gua terpengaruh dengan gaya Papa Jo pakai bow tie dalam Masterchef. Tapi sebab gua dah jatuh cinta dengan Chef Anis ni. Terima kasih Chef Anis kerana menjadi sumber inspirasi saya dalam bidang masakan. Hehehe...


Friday, 18 November 2011

Wad 415

Malam semakin larut. Jam di dinding wad menunjukkan sudah hampir pukul 1 pagi. Gua masih lagi cuba melelapkan mata. Entah kenapa susah betul gua nak lelap malam ini. Nak kata sebab gua minum kopi Power X Dr. Azizan Osman, tak juga. Dah dua hari di hospital ini gua tak menghirup apa-apa jenis kopi pun.   

Penat berbaring, gua duduk di atas katil dengan kaki berjuntai ke bawah hampir-hampir menyentuh lantai sejuk hospital. Sesekali gua tinjau ke luar melalui tingkap di tepi katil gua. Gelap. Apa yang gua nampak cuma titis-titis hujan yang tak henti-henti singgah mengetuk cermin tingkap dari lewat petang tadi.

Masa-masa begini fikiran gua jauh melayang mengingat kembali pengalaman-pengalaman berkaitan hospital yang pernah gua lalui. Kalau zaman sekolah dulu, setiap kali tidak sihat kami akan dibawa ke Hospital Lady Templer. Hospital peninggalan zaman kolonial dulu. Memang seram. Dengan binaan bangunan lama, ada pula blok-blok hospital yang memang sudah lama dikosongkan sampai dilitup dek pokok-pokok liar. Jauh berbeza dengan Hospital KPJ Kajang ini, yang telah gua huni sejak dua hari lalu.

Tiba-tiba, sedang asyik gua mengelamun, gua terdengar pintu bilik wad gua dibuka. Dan secara tiba-tiba juga rongga hidung gua dipenuhi bau seakan-akan daging dibakar. Gua terasa panas. Peluh-peluh jantan telah mula memercik di muka. Dari bawah tirai katil, gua dapat melihat sepasang kaki lembaga sedang melangkah perlahan-lahan ke arah gua. Semakin hampir lembaga itu, semakin panas gua rasakan. Sehinggalah lembaga tersebut berdiri betul-betul di hujung katil gua, memandang gua yang sudah kaku ketakutan.

"Siapa kau?", tanya gua dengan suara terketar-ketar.
"Aku hantu... Aku  hantu...", jawab lembaga tersebut dengan suara yang menyeramkan.
"Tapi...tapi..kenapa kau bawa satay-satay ni semua? Siap dengan nasi impit lagi. Aku tak pesan benda-benda ni semua. Doktor tak bagi aku makan benda-benda bakar!", tanya gua dengan berani.
"Cilaka punya budak..Dah kau masuk hospital kat Kajang, mestilah hantu satay yang datang kacau kau. Kalau kau duduk hospital oversea baru la ada hantu chicken chop. Dasar lupa asal usul punya budak.", jawab lembaga tersebut lalu terus meninggalkan gua.
Gua pun terus menarik selimut dan tidur.



******* 

Kehkehkeh..amacam cerita hantu gua? Gua harap akan ada film director yang baca cerita ini dan jadikan filem. Gua kompom mesti box office punya. Tapi Razak Mohaideen lu jangan ngada-ngada nak ambil cerita gua ini buat filem. Gua tak nak cerita hantu gua jadi gampang macam Mami Jarum ataupun Nana Tanjung!

p/s: Entri ni gua tulis semasa gua meneman orang di wad minggu lepas  

Ini Hospital Lady Templer

Friday, 14 October 2011

Biru-biru hujung Kinabalu

Sejak balik dari Sabah dua hari lepas, gua ada juga terpikir nak pergi ofis pakai baju tradisional orang Sabah sambil menari-nari lenggang Sumayau. Gua rasa tak susah mana tarian dia. Mengepak-ngepak sikit jadi dah.

Wednesday, 5 October 2011

Hal-hal teknologi

5:30 petang

Plingg!, telefon gua bunyi. Bukan menandakan masuknya waktu sembahyang tapi menandakan ada sms masuk. Gua ambik telefon. Unlock, terus baca sms.
"Dah bole balik sekarang", bini gua sms.
Ceh. Gua senyum sinis. Dah tak zaman hantar-hantar sms ni. Sekarang orang main Whatsapp, gua cakap dalam hati.

Monday, 12 September 2011

Gajah! Gajah!

Hari raya lepas, masa gua tengah memandu dari Kuala Terengganu ke Ipoh ikut Gerik, gua terperasan signboard gajah melintas macam dalam gambar ini. Nervous juga gua kalau betul-betul masa gua lalu ada gajah melintas. Tambah-tambah lagi masa itu dah dekat tengah malam. Kalau dia melintas terus sampai seberang tak apa juga. Buatnya dia tiba-tiba rasa nak tidur tengah jalan amacam? Naya jadinya.


Tapi dalam hati gua doa juga harap-harap Dumbo melintas masa gua lalu. Boleh juga gua tumpang belakang dia terbang sampai ke Ipoh. Gua pun masa tu kaki dah keras sebab 12 jam mengharung jalan jammed.


Lagi satu, gua rasa si Dumbo ni mesti saudara mara maskot Carrie Junior tu. Kalau bukan sepupu pun paling kurang mesti ada bau-bau bacang.


Friday, 9 September 2011

Brader,sudah sudah la tu..awek lu dulu tu dah anak dua dah

Cilaka betul lagu ni. Memang makan dalam dengar lirik dia. Habis terhakis ciri-ciri rockers tegar yang ada dalam diri gua. Betul la adik gua cakap, lagu ni memang sesuai untuk brader-brader yang pernah kecundang dalam cinta tapi tak boleh boleh nak move on lagi. Kesian juga bila gua pikir nasib brader-brader ni. Lu orang kena paham betul-betul lirik lagu ni.
"Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead"

Monday, 8 August 2011

Hal-hal legend

Pagi tadi gua pergi meeting. Gua ingat gua dah habis legend masuk meeting pakai kasut Converse kaler putih. Tapi rupa-rupanya bos gua lagi legend. Masuk meeting pakai kasut sebelah bertali sebelah tak bertali langsung. Memang legend tahap agung.

Thursday, 4 August 2011

Blog, puasa & teori jejari runcing

Lama betul gua tak update blog gua ni. Gua sibuk sekarang. Nak-nak time bulan puasa ni, lagi la gua sibuk. Cumanya dekat ofis, gua lebih sibuk tidur dari sibuk buat kerja. Gua pun sekarang lebih banyak fokus membaca blog-blog orang lain daripada mengupdate blog sendiri. Blog jejari runcing saja dah berapa kali gua baca minggu ni. Ye lah, gua nak juga tahu apa sebenarnya punca Apek putus tunang dengan jejari runcing. Sebab orang ketiga ke? Kalau orang ketiga, siapa? Ana Lulu ke? Tak pun mungkin kawan Kelantan gua yang nama macam omputeh, Tony? Gua sendiri tak tahu. Tunggu la wartawan Melodi rambut macam bawang tu terjah Apek nanti.

Berbalik pada hal-hal puasa, setakat hari keempat puasa tahun ni, gua baru missed sahur sekali. Cemerlang juga rekod gua setakat ni. Kalau tahun lepas, waktu-waktu macam ni gua dah missed tiga kali sahur. Masa zaman duduk asrama tak payah cerita la. Sepanjang lima tahun gua duduk asrama, tak sampai sepuluh kali pun gua turun sahur.

Apa pun, gua nak ucapkan selamat berpuasa pada yang patut berpuasa. Harap-harap tak ada yang kena gastrik mengejut. Harap-harap juga tak ada yang buat lawak berbuka puasa dengan korek hidung. Memang nak kena lempang.

Wednesday, 22 June 2011

Bagaimana menukar Mamee menjadi smartphone

Buat masa sekarang, ini talipon idaman gua. Sebut betul-betul - talipon. Ejaan pun kena betul, kena sama macam mengeja nama Restoran Talipon yang ada dekat Cheras sana. Sebut pasal Restoran Talipon, gua sendiri tak pernah lagi makan di restoran tu sebab gua rasa restoran tu memang tak pernah apply sijil halal dari Jakim.

Tapi, bukan pasal Restoran Talipon yang gua nak cerita dekat sini. Gua nak cerita pasal talipon impian gua - Sony Ericsson Xperia Play. Gua memang teruja betul dengan Xperia Play ini. Inilah satu-satunya smartphone yang Playstation certified. Dalam keadaan default, talipon ni macam smartphone yang lain. Tapi bila lu slide open baru keluar dia punya controller ala-ala PSP.

Kalau ada talipon ini baru gua boleh poyo update status FB gua dengan status-status menganjing macam - 'Baru lepas makan makan roti canai. Yummmyyyy sangat', tak pun - 'Aq malas dowh nak jd stud ag'. Bila gua bosan pula, gua slide talipon gua terus main game. Game canggih-canggih. Tetris gua tak layan. Dah tak zaman dah.

Tapi, masalah gua sekarang gua tak ada duit lagi nak beli talipon ini. Gua terpaksa buat cost cutting. Kalau biasa, tiap-tiap hari dekat ofis gua beli Mamee dua bungkus, tapi sekarang gua cuma beli satu saja. Bajet beli Mamee lagi sebungkus gua masuk tabung. Tabung talipon!

Sunday, 19 June 2011

Kerja

Esok dah hari Isnin. Sekejap betul kalau weekend. Kerja gua yang patut hantar esok pun tak sempat siap lagi. Tapi gua tak risau. Gua tau macam mana nak handle bos gua.

Thursday, 16 June 2011

Mari Menari

Masa gua sekolah rendah dulu, gua memang star. Kalau tak star pun paling kurang gua perasan gua star. Mana taknya, masa tu hampir semua pertandingan atau persembahan gua terlibat. Bukannya gua suka-suka nak terlibat, tapi cikgu yang pilih gua.

Dari pertandingan mengeja, pertandingan melukis, lawan bola sekolah-sekolah, lumba lari semuanya gua masuk. Pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi pun gua masuk. Mungkin masa tu ustaz gua nampak ciri-ciri Imam Muda dalam diri gua. 

Gua juga selalu terpilih untuk buat persembahan bila ada event macam sambutan hari guru ataupun hari penyampaian hadiah sekolah gua. Dan, dalam banyak-banyak persembahan yang gua pernah terlibat, satu yang gua paling ingat adalah persembahan tarian. Kalau ikutkan jiwa rock jalan terus gua memang gua tak nak join. Tapi dah cikgu pilih gua. Nak tolak nanti tak hormat cikgu pula.

Kalau tak silap gua, masa tu gua dan kawan-kawan gua disuruh menari tarian Portugis. Kitorang dibahagikan kepada pasangan-pasangan lelaki perempuan. Ya lah, kalau pasangan lelaki sama lelaki tu dah macam Anu Dalam Botol pula. 

Gua dipasangkan dengan seorang classmate gua. Cute orangnya. Pernah juga gua menyimpan niat nak mengurat dia masa tu tapi sampai ke sudah tak pernah try pun. Bila dah habis sekolah, masing-masing ikut haluan lain-lain, terus gua lost contact dengan dia.

Tapi, baru-baru ini gua  jumpa balik member gua ni di FB. Sebenarnya dah lama juga gua friend dengan dia, tapi gua baru perasan. Sebab dekat FB dia guna nickname, tak guna nama betul. Memang betul sangkaan gua. Bila besar dia jadi lawa. Nasib baik juga gua tak mengurat dia dulu. Kalau tak mungkin sekarang gua dengan dia dah register masuk Mari Menari. 

Wednesday, 25 May 2011

Konvo

Gua konvo tahun 2004 dulu. Gua tak ingat hari apa dan bulan apa. Yang gua ingat konvo gua sesi petang. Hari itu, dari pagi lagi mak gua dah riuh-riuh ingatkan gua supaya tak tertinggal apa-apa yang perlu untuk konvo. Ya lah, kalau tertinggal topi konvo pun susah juga. Takkan gua nak ganti pakai ketayap pula. Tak kena langsung dengan wibawa gua sebagai graduan.

Selesai makan tengahari, gua dan family gua terus bergerak ke universiti. Abang gua memandu kereta. Gua duduk di tempat duduk belakang. Sesekali gua tersenyum sendiri. Gua gembira sungguh hari itu. Mana taknya, lepas ini gua dah tak payah susah-susah masuk kuliah. Dah tak payah berjaga baca buku bila nak periksa. Dan paling penting dah tak payah pening-pening pikir alasan bila kantoi ponteng kelas.

Masuk saja perkarangan universiti, abang  gua terus memandu tuju ke parking yang telah ditetapkan. Dapat parking bawah pokok besar. Baru redup sikit. Masing-masing keluar dari kereta. Mak dengan bapak gua terus melangkah ke dewan. Abang gua dengan kakak ipar gua, dan adik-adik gua bersepah ke arah kawasan gerai konvo. Gua pula terus tuju ke kawan-kawan gua. Kitorang berborak sakan. Lama juga tak jumpa lepas habis exam dulu.

Tiba-tiba bahu gua ditepuk. Gua pusing ke belakang. Seorang awek berdiri depan gua.
"Hai", Nin menyapa gua sambil memberikan senyuman. Senyuman yang sangat manis. Senyuman yang telah membuatkan gua jatuh cinta berkali-kali dengan Nin.
Gua membalas sapaan Nin. Nin merapat ke arah gua. Dibetulkannya jubah konvo gua yang sedikit senget. Bahu gua ditepuk-tepuk membuang habuk-habuk pada jubah gua. Kemudian Nin meletakkan topi konvo di kepala gua. Perlahan-lahan supaya betul-betul cantik di kepala gua.

Tiba-tiba gua perasan Nin semakin muram. Gua tahu ada yang tak kena. Gua faham sangat dengan muka Nin yang macam ini.
"Sekarang abang dah berjaya. Tak lama lagi abang akan kerja elok, gaji besar, mampu beli rumah dan kereta besar. Tapi, Nin masih macam dulu, tak berubah. Nin cuma mampu tolong emak menjual kuih di kampung. Nin takut kalau nanti jurang perbezaan antara kita akan menyebabkan abang berubah hati", luah hati Nin.
Gua terdiam. Gua memang tak pernah fikir soal-soal darjat ini walaupun gua pernah tengok filem Ibu Mertuaku.
"Nin, abang....", tak sempat gua habiskan ayat bila tiba-tiba bahu gua ditepuk lagi. Gua pusing ke belakang. 
"Aterr, mike pikior mike sorang je nak konvo? Teman pun konvo juge"

Cilaka! Sebenarnya gua pergi ke konvo adik ipar gua di Ipoh Sabtu lepas. Itu yang gua teringat pasal gua konvo dulu. Cuma bahagian Nin tu gua reka saja. Tapi seladang ambil diploma ini memang gua tak tipu. Memang ada masa konvo adik ipar gua hari itu.

Friday, 20 May 2011

Daim


Agak-agaknya kalau gua makan gula-gula Daim ini banyak-banyak, otak gua boleh jadi bergeliga macam Daim Zainuddin tak? Terima kasih pada member gua, Zaini yang ingat untuk belikan gula-gula ini untuk orang-orang ofis masa dia buat kerja di Labuan minggu lepas.

Monday, 16 May 2011

Hari Guru

Hari ini 16 Mei bersamaan dengan Hari Guru. Masuk tahun ini dah banyak tahun juga gua tak celebrate Hari Guru. Dulu masa zaman sekolah memang gua tak pernah terlepas celebrate Hari Guru. Setiap kali Hari Guru mesti sekolah gua akan buat sambutan. Gua bukanlah suka sangat nak celebrate, tapi gua suka sebab bila Hari Guru tak payah belajar. Kelas batal. 

Biasanya bila Hari Guru gua dengan kawan-kawan sekelas gua akan dapat job buat banner Hari Guru. Maklumlah masa itu kitorang kelas seni. Mestilah buat kerja-keja seni. Tak macam budak kelas akaun, tahu main calculator saja. Selain buat banner kitorang akan hias pentas dalam dewan sekolah untuk majlis sambutan Hari Guru.

Masa Hari Guru cikgu-cikgu sekolah gua semuanya jadi sporting. Yang biasanya garang mengalahkan Hitler semuanya pakat gelak-gelak, suka-suka. Yang baik sah-sah lagi bertambah baik. Tapi sebaik habis saja Hari Guru mulalah masing-masing nak merotan saja. Gua kadang-kadang syak cikgu-cikgu gua ada suis belakang badan masing-masing yang diorang akan  tekan ON bila Hari Guru dan OFF balik lepas Hari Guru. Suis itulah agaknya yang kawal mood diorang.

Tapi apapun, gua nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang pernah mengajar gua. Tak kisahlah masa gua sekolah rendah ataupun menengah. Cikgu tadika saja gua tak ada sebab dulu masa kecik gua tak pergi tadika. Dan yang paling penting, gua nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk bapak gua yang satu masa dulu kerja sebagai cikgu. Dapat juga gua merasa bekas anak murid bapak gua belanja family gua makan kari kepala ikan. Hehehe...

Abang-abang

Semalam gua keluar pergi ke Jusco sebab gua nak beli vacuum cleaner. Sebenarnya hari sebelum itu pun gua dah ke situ survey harga dulu. Jadi, semalam gua tak lengah-lengah. Masuk Jusco terus ke bahagian barang elektrik, terus ambil vacuum cleaner dan terus bayar. Seratus lebih gua belanja.

Selesai urusan di Jusco, gua terus pergi ke pasar pula dengan bini gua. Mula-mula gua pergi beli sayur-sayur. Lepas itu baru gua beli ayam, udang dengan sotong. Dekat seratus juga gua keluar duit belanja pasar.

Nampaknya sejak kahwin ini trend belanja gua memang bersifat abang-abang. Dulu gua belanja semuanya berkait rock. Asal ada duit lebih gua akan beli tshirt rock, kasut rock, tak pun CD rock. Sekarang gua dah tak ambil tahu sangat pasal benda-benda rock. Gua lebih risaukan harga semasa bawang.  Memang abang-abang...

Monday, 2 May 2011

Art is free

Semasa gua melangkah masuk ke kawasan Istana Budaya Sabtu lepas, tiba-tiba abang gua bertanya,
"Gua pelik kenapa Istana Budaya tak charge parking?"
"Art is free, beb", gua jawab. Mendalam.

Friday, 29 April 2011

Rocking

Malam esok sampailah masa yang gua tunggu-tunggu sepanjang minggu ini. Gua nak rocking dengan Wings. Gua tak ada masa nak layan hal-hal sumpah laknat Eskay. Apa-apa hal kasi warm up dulu.

Monday, 25 April 2011

Sejati

Hujung minggu ini gua akan pergi Istana Budaya. Bukan sebab nak tengok teater tapi sebab nak tengok Konsert Opera Hidup Wings. Gua memang dah tak sabar-sabar. Dari pagi tadi gua dengar lagu Wings sambil buat kerja. Gua harap masa konsert nanti Awie pakai baju sebelah lain, sebelah lain macam masa Juara Lagu 1990 dulu.

Friday, 22 April 2011

Email

Dulu, masa gua sekolah rendah, paling kurang akan ada sekali gua tulis surat atau kad dalam setahun. Setiap kali dekat nak raya, bapak gua akan belikan satu pek kad raya yang dalam dia ada 10 keping kad. Gua akan tulis kad-kad itu untuk arwah atuk gua, pakcik-pakcik dan makcik-makcik gua dan juga untuk abang gua yang masa itu tengah belajar di UUM. Selesai gua tulis, bapak gua akan bawa kad-kad itu masa dia keluar kerja untuk dipos.

Bila gua dah masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama, ada juga gua hantar kad raya untuk mak dan bapak gua. Ada juga sekali dua gua tulis surat untuk kawan sekolah rendah gua dulu. Kawan perempuan saja. Kawan lelaki jangan haraplah nak dapat surat dari gua. Kebiasaannya surat yang gua hantar akan dibalas. Kadang-kadang sebelum surat sampai ke tangan gua, warden dah buka dan baca dulu. Ikut nasiblah.

Masa zaman universiti pula, buat pertama kali gua tulis surat hantar ke oversea. Surat yang ini pun dibalas. Dapatlah gua tengok rupa setem negara lain. Gua pun dah ada email masa ini. Gua dah tak payah susah-susah nak beli kertas kajang, pen dengan setem untuk hantar surat. Gua pun dah tak perlu nak ingat alamat rumah yang panjang-panjang dengan poskod lagi. Ingat alamat email yang pendek-pendek saja. Itu pun simpan dalam address book email.

Baru-baru ini pula, kerajaan cakap nak buat email 1Malaysia. Bajet sampai RM 50 juta. Kononnya nak bagi email percuma untuk rakyat. Supaya nanti senang rakyat-rakyat boleh join Facebook, Twitter tak pun Friendster. Apa? Dia ingat makcik-makcik kat kampung sana nak sangat follow twitter Justin Bieber? Memang bingai! Daripada bagi email percuma, baiklah bagi internet percuma dulu ke kampung-kampung yang jauh-jauh tu.

Tolonglah, jangan bingai sangat!

Tuesday, 19 April 2011

Member lama

Bila gua jumpa member lama, yang dah bertahun-tahun tak jumpa, gua selalu akan ada perasaan semacam baru semalam kali terakhir gua jumpa member gua itu. Otak gua akan rewind semula segala kenangan-kenangan lama. Macam semalam, gua jumpa member sekolah menengah gua dulu.

Gua teringat balik zaman sekolah menengah gua. Masa sekolah menengah gua duduk asrama. Masa itu, hampir setiap pagi gua terbangun tidur sebab kena rotan dengan warden. Tak sempat hilang kebas kena rotan, gua akan beratur pula tunggu giliran untuk mandi. Masa menunggu ni pun masing-masing akan ambil port untuk tidur. Port yang paling baik sekali atas pangkin tempat basuh baju. Tapi ada juga yang terer sambil berdiri pun boleh tidur.

Dekat kelas pula memanjang nak tertidur. Bila cikgu kantoi gua akan terangguk-angguk buat-buat macam faham apa yang cikgu ajar. Pernah juga sekali gua  kantoi tertidur dengan cikgu BM gua. Dia suruh gua berdiri.
"Awak, apa jawapan soalan saya tadi?", cikgu gua tanya.
Cilaka! Gua tak dengar apa cikgu gua soal tadi. Gua tengok papan hitam lepas tu gua tembak saja jawapan.
"Kata kerja rasanya...cikgu", gua jawab dengan suara tersekat-sekat.
Terus satu kelas gelak terbahak-bahak. Mengalahkan tengok Raja Lawak. Tony yang duduk belakang gua gelak paling lebih-lebih. Gua dah tak tentu arah. Muka pun dah macam kerang busuk. 
"Saya tak ada tanya apa-apa pun", cikgu gua cakap.
Cis!!! Rupa-rupanya cikgu gua tak ada tanya apa-apa pun. Saja dia nak kantoikan gua tidur.

Cis!!!, lagi.

Friday, 8 April 2011

Gempa


Baru beberapa jam yang lepas, Jepun sekali lagi dilanda gempa bumi yang kuat. Semoga semua yang berkenaan selamat. Juga, semoga tiada lagi siapa-siapa buat lawak tanya mana perginya Ultraman, Pokemon, Doraemon mahu pun Nobita. Jangan buat perangai bingai!

Thursday, 7 April 2011

Video paling hot


Siapa-siapa yang tak tahu video apa yang paling hot minggu ini, gua nasihatkan bungkus pakaian masing-masing dan berhijrah duduk di mana-mana gua yang available. Gua dah tengok video ini di Youtube. Gua tak ada nak komen apa-apa. Nak kata iya pun tidak, nak kata bukan pun tidak.

Gua cuma harap semua yang terlibat dengan video ini pernah dengar lagu Hukum Karma. Baru masing-masing tahu 'mulia dibalas syurga, dosa 'kan sengsara'. Dan gua juga harap mereka-mereka ini masa sekolah asrama dulu pernah baca komik Alam Perwira. Baru masing-masing sedar 'jangan sampai keranda diusung, baru bercucuran airmata'.

Tuesday, 5 April 2011

Awan Nano Tino


Buat masa sekarang, gua memang tengah high layan video ini. Ada dua sebab gua suka layan video ini, satunya gua rasa lagu dia boleh tahan, lirik pun ada mesej tak macam lagu Justin Bieber. Satu lagi, sebab Herman Tino

Sebab apa Herman Tino? Sebabnya Herman Tino cool gila beb...Gua pernah duduk semeja dengan dia dulu, sekali. Bukanlah gua saja-saja ajak Herman Tino lepak minum dengan gua, tapi kebetulan saja. Kalau gua saja-saja ajak mungkin dia wakilkan kain pelikat dia saja datang lepak dengan gua. Apa gila gua nak bersembang dengan kain pelikat dia.

Gua ingat lagi masa itu gua pergi makan di kedai Herman Tino. Ya..Herman Tino ada bisnes kedai makan di Kota Damansara. Kalau tak silap gua nama kedai dia Delima. Gua datang berdua dengan seorang minah bekas officemate gua. Masa nak duduk gua dah perasan Herman Tino termundar-mandir ke depan ke belakang buat-buat sibuk. Walhal masa itu ada tiga meja saja yang ada customer

Nak dijadikan cerita, selesai gua dengan member gua makan, hujan turun. Lebat tak agak-agak. Nak pergi ke kereta pun tak lepas. Terpaksalah gua dengan member gua terus duduk di kerusi masing-masing. Herman Tino pula gua perhatikan dah tak ada kerja nak buat. 

Tiba-tiba, Herman Tino melangkah ke meja gua. Dengan muka selamba dia tarik kerusi dan terus duduk. Gua terkejut tapi buat-buat selamba. Sesekali gua jeling rambut dia sambil cuba teka syampu apa yang dia guna. Herman Tino tanya nama gua. Gua jawab. Tau saja nama gua, dia mula bercerita. Macam-macam cerita. Yang gua dengan member gua sebab nak menjaga hati dengar sajalah. Sebab nak jaga hati jugalah gua terpanggil dia abang. Sepatutnya gua panggil dia pakcik Herman saja.

Puas berborak tiba-tiba gua tanya dia,
"Abang taknak buat album lagi?"
Herman Tino jeling gua. Gua jadi saspen. Gua dah terbayang gua kena lempang macam dalam video klip ini.
"Lang, jangan kurang ajar Lang!", Paannnngggggg!!!!!!
 Herman Tino jawab,
"Ahh..kalau aku buat album pun bukan kau nak beli. Tanya saja lebih"

Monday, 28 March 2011

Malas

Gua sekarang mengalami sindrom malas tahap tujuh petala langit. Satu benda pun gua takde power nak buat.

Wednesday, 9 March 2011

Trivia

Tahukah anda, lama sebelum J.Lo (Jennifer Lopez) dipilih menjadi juri American Idol, J.O. (Jaafar Onn) telah dipilih berlakon dalam rancangan Jangan Ketawa?

Thursday, 3 March 2011

Halia

Hari ini gua EL. Bangun pagi tadi gua rasa kepala sakit. Gua capai handset tepi bantal, tulis sms hantar ke orang ofis bagitau yang gua tak datang kerja. Mula-mula gua cadang nak sambung tidur sejam dua lagi, tapi sebab perut terasa lapar gua terus bangun.

Gua jalan ke dapur, buka peti ais belah atas tengok apa yang ada.
"Hmm..ada nugget", gua cakap dalam hati.
Gua toleh pula ke belakang. Nampak pula pisang yang gua beli dari pasar tani lepas sembahyang Jumaat minggu lepas.
"Hmm..apa barang goreng nugget. Senang sangat, tak ada cabaran", kata hati gua dengan angkuh.
Gua terus google 'cara goreng pisang'. Dapat. Berlambak-lambak results 'cara goreng pisang'. Moden betul suri rumah sekarang ya tak?. Gua klik satu result dan baca lebih kurang.
"Ahh..senang rupanya goreng pisang", kata hati gua. Angkuh lagi.
Gua ke dapur balik memulakan misi menggoreng pisang. Gua bagi codename 'The Rebellious Banana' untuk misi gua kali ini. Ada codename baru semangat sikit macam cerita-cerita perang omputeh. Selang 20 minit misi gua berjaya. Bangga gua, hampir-hampir menitis air mata kegembiraan.

Memang kejayaan misi gua yang ini membakar semangat gua untuk masak makan tengahari pula. Gua google balik. Kali ini niat gua nak cari resipi untuk lauk tengahari. Gua jumpa satu resipi. Memang berkenan betul gua dengan resipi ini. Gua baca bahan-bahan dia. Kena ada halia. Cilaka, gua selalu konpius halia dengan lengkuas.

Gua google pula keyword 'halia'. Gua klik dekat bahagian images. Aihh..apa cerita? Gambar halianya ada satu saja. Yang lainnya semua gambar pornstar nama Halia Hill.
"Hmm...halia yang seksi", kata hati gua. Bukan angkuh tapi gatal.
Ini bukan halia yang seksi

Monday, 21 February 2011

Sibuk

Gua sibuk betul kebelakangan ini. Bukan sikit-sikit punya sibuk. Jadi, aktiviti blog gua terhad buat sementara waktu.

Thursday, 3 February 2011

Blues di pagi raya cina

Pagi-pagi raya cina ini, teringat pula gua dekat Chow Sing-Chi @ Stephen Chow. Dulu biasanya bila raya cina mamat ini mesti ada keluar filem baru. Tapi sekarang lama betul dah tak ada. Kurang ceria raya cina gua.

Wednesday, 2 February 2011

Tuesday, 25 January 2011

Khurafat

Petang sabtu yang lepas gua tengok wayang cerita Khurafat. Alaa..cerita hantu yang anak Yusof Haslam direct tu. Gua tengok berempat dengan abang gua,adik gua dan sepupu gua seorang di GSC Terminal One, Seremban.

Sebenanya gua tak ada plan langsung nak tengok cerita Khurafat ini, tak macam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dulu. Yang itu memang gua plan dari awal. Keluar saja Kak Limah dekat wayang terus gua pergi tengok. Khurafat ini gua tengok pun sebab adik gua beriya promote, katanya seram dari awal cerita sampailah ke tulis-tulis nama pelakon bila cerita dah habis tu. Tapi gua sendiri tak pasti apa yang dia cakap tu memang dia betul-betul maksudkan atau pun tokey wayang yang upah dia suruh cakap macam itu.

Cerita Khurafat ini lebih kurang macam ini:

Si Syamsul Yusof kerja di hospital kerajaan, handle hal ehwal bilik mayat. Hospital mana gua tak pasti. Tapi gua syak hospital itu dah lama tak bayar bil api. Sebab sepanjang cerita hospital itu gelap saja. Bilik mayat gelap, wad gelap, pejabat si Syamsul ini pun gelap. 

Syamsul baru berkahwin dengan Liyana Jasmay. Aizat memang tak nampak muka langsung masa kenduri diorang. Frust gamaknya. Si Sabrina Ali pula ex-girlfriend Syamsul, pun sama frust bila Syamsul dumped dia lepas tu kahwin dengan Liyana Jasmay. Bukan sikit-sikit punya frust. Frust sampai bunuh diri. 

Sejak si Sabrina bunuh diri, Syamsul selalu kena kacau hantu. Dekat bilik mayat kena kacau, dekat wad kena kacau, balik rumah kena kacau, dalam kereta jenazah kena kacau, sampaikan makcik cleaner misteri pun kacau dia. Yang si Syamsul dengan member dia mamat Kedah driver hospital itu pun satu hal, tengah-tengah malam baru nak hantar jenazah. Apa jadah tak hantar masa tengahari tegak saja? Taklah kena kacau hantu. 

Dah hujung-hujung cerita barulah cerita sebenarnya keluar. Barulah tahu sapa elok sapa tak, kenapa si Syamsul selalu kena kacau, siapa makcik cleaner misteri, kenapa makcik cleaner misteri selalu bagi kuih dekat Syamsul.Segala-galanyalah.

Kesimpulan gua, gua rasa hantu dalam cerita Khurafat ini gila glamer sangat. Sikit-sikit nak keluar, sikit-sikit nak keluar. Keluar nak tunjuk muka saja, tak adanya nak keluar setakat bayang-bayang ke silhouette ke.Banyak sangat keluar pon tak saspen juga ya tak?

Johan memang kelakar. Terserempak Kak Limah malam-malam dekat kubur pun nak tegur lagi.
"Kak Limah oiii..tak nak tumpang balik ke?"

Selamat Ulang Tahun

Selamat hari lahir gua ucapkan untuk Puan L.
ooxxooXoXoXx (hug hug kiss kiss hug hug big kiss little hug kiss kiss little kiss)



p/s: Entri ini sepatutnya gua post 22 Januari lepas

Thursday, 20 January 2011

Meeting

Pagi tadi gua ada meeting. Biasanya gua cuma masuk meeting yang tahap macai-macai saja, tapi meeting pagi tadi teknikal habis. Macam tak patut pun ada gua rasa pagi-pagi nak sembang benda-benda berat. Boleh terkejut otak dibuatnya. Silap-silap boleh kena kanser otak.

Bila meeting yang teknikal-teknikal macam ini gua perasan satu perkara. Masing-masing dalam meeting nak berlawan sapa lagi teknikal. Tak mahu kalah.
Mamat A cakap, 'Kita nak migrate ke network lain'.
Mamat B menyampuk, 'Maknanya kita nak transfer ke network lain, ya tak?'.
Mamat C pun nak menyampuk, 'Ooo..kiranya nak offload ke network lain la ni..'.
Gua rasa tiga-tiga ayat tu sama saja maknanya. 
'Nak pindah ke network lain'. 
Tapi sebab masing-masing tak mahu kalah, masing-masing nak guna perkataan lain-lain untuk maksud yang sama. Tambah konfius ada.

Gua sepanjang meeting memang senyap saja sebab gua lapar tak sempat sarapan. 

Friday, 14 January 2011

Saiko

Petang tadi gua pergi melawat kawan gua di wad psikiatri hospital UM. Gua taubat tak akan masuk lagi  mana-mana wad psikiatri. Jadi mulai esok gua akan makan kismis doa tujuh biji pagi dan tujuh biji malam supaya otak gua cerdas dan hati gua tenang. Supaya gua tak depresi.

Tuesday, 11 January 2011

Jemputan kahwin

Ahad malam yang lepas gua dapat jemputan ke majlis kahwin member sekolah gua kat Mandarin Oriental. Gua sebenarnya jarang sangat masuk hotel besar-besar ini. Sesekali masuk macam ini mulalah gua kelam-kabut. Berjalan pun jadi tak tentu hala. Kadang-kadang dua kali gua langkah kaki kanan sekali kaki kiri pun ada. 

Lebih kurang pukul 7.45 malam gua dah masuk ke lobi hotel. Gua terus menghala ke kaunter daftar tetamu depan ballroom. Zaman sekarang dah lain. Nama kena semak sendiri dekat kaunter. Kalau zaman P. Ramlee dulu agaknya adalah mamat tukang umum nama gua depan pintu dewan tu.
"Saddiq Sigaraga..Saddiq Sepakraga..Jalaann Daa.."
Pukul 8.30 malam majlis mula. Selesai segala VIP ambil tempat, pengantin pun masuk bersanding. Gua pula lebih fokus pada makanan, tak ambil kisah sangat pasal majlis. Tiba-tiba hos majlis umum ada artis istimewa dijemput menghiburkan tetamu.
Pehhhhhh....Irwansyah!! Gua kalau dapat Abon datang kenduri kahwin gua pun dah bangga habis rasanya.
Tapi gua  tengok Irwansyah semacam frust masa nyanyi lagu Berdua Lebih Baik. Muka macam makan dalam. Agaknya teringat Acha Septriasa.
"Takpe bro. Gua faham apa lu rasa. Semua orang pernah kecewa. Semua orang...semua orang..Kecewa", bisik gua dalam hati.

Friday, 7 January 2011

Suatu senja di cuti Krismas

Krismas yang lepas gua balik rumah mentua gua dekat Ipoh. Cuti pun panjang sikit, dari Sabtu membawa ke Isnin. Petang Ahad tu dekat-dekat nak senja gua bersiap-siap pakai kain pelikat. Niat gua masuk saja waktu Maghrib gua nak azan tengah rumah. Ambil hati mentua la katakan..heh heh...
'Plingg... Plingg'
Gua jeling laptop gua dari jauh. Ada chatbox keluar kat facebook gua. Gua dekat sikit ke laptop gua. Yekeh rupanya. Yekeh ni member sekolah gua dulu. Nama sebenarnya Zaki.
"Apa pendapat kau pasal Menara Warisan?", Yekeh tanya gua. Salam pun tak bagi.
"Gua tak setuju", gua balas. Pendek tapi tegas.
"Aku stuju ngn pndpt ko. Dengan keadaan skrg negara dibebani dengan kadar kenaikan harga brg. Inflasi pada paras 5.4% bagi jan 2010. Byk lagi yg boleh wat dengan USD1.6B tu.", Yekeh balas balik.
Pehhh. Kagum aku. Walaupun tulis singkat-singkat tapi ada fakta. Bukan macam budak-budak sekarang, tulis singkat-singkat sampai tak boleh faham langsung.
"Mengikut Idris Jala...dgn pemberian subsidi kepada rakyat akan mengakibatkan negara muflis by 2019. Kalau dah ckp camtu...npe nk bazirkan simpanan yang ade...sedangkan hutang negara berada pada RM432B skrg ni. Mmg btl najib kate mse Tun Dr M wat KLCC dulu sme org bantah..tp kte kene ingt mse tu KDNK kte brade pade 6%-7% setahun"
Pehhh. Makin kagum aku. Bertubi-tubi fakta mamat ni.
"Anyway, cmna married life? Share la sikit ;p "
Aihhh, elok-elok fakta menggatal pulak mamat ni...Siap icon jelir lidah lagi..

Saturday, 1 January 2011

2011

Hari ini dah masuk 2011. Banyak azam gua untuk tahun ini. Campur azam-azam yang gua carry forward dari tahun-tahun lepas lagi. Apa-apa hal gua nak pergi gunting rambut dulu. Buat pesen 2011.